] }

Monday 19 December 2011

cuba-cuba la

Banyak perkara yang boleh kita lakukan bila bekalan elektrik terputus. Masa tue korang jangan cari torchlight sebab itu semua tidak penting. Ada perkara yang lebih penting dan seronok kita lakukan seperti :
     

1. Boleh menukarkan pakaian tanpa menggunakan tuala dan berbogel dengan senang-lenang.
2. Korek hidung anda sepuas-puasnya kerna tiada siapa yang nampak.
3. Tidak perlu bersusah payah makan di dalam loker sebaliknya boleh makan di mana sahaja makanan faveret     korang.

Itu sahaja sempat aku update sebab time nie pak guard halau ak dari tempat untuk on9..

Tuesday 8 November 2011

raye ke-21

Tahun ini aku beraya di Nogori Sombilan. Sudah 2 tahun aku tak beraya di rumah nenek kawan ku yang bernama Bunyamin. Perjalanan dari KTM Serdang menuju ke KTM Soromban mengambil masa lebih kurang 50 minit. Agak kepenatan kerna penumpang KTM sangat ramai disebabkan semua mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. "tak dapat eden nak duduknyo"..

"Gunalah kenderaan awam untuk mengelakkan kemalangan",..slogan yang biasa kita dengar. Perjalan dari Stesen Bas Seremban menuju ke teratak nenek mengambil masa 1jam dengan menaiki bas.

sejam kemudian...

Kami disambut meriah dengan percikan bunga api oleh saudara-mara yang telah berada di sana. Sungguh terharu dengan kemeriahan yang diberikan. Aku sugguh terkejut dengan perubahan rumah nenek. Dulu lain, sekarang lain. Macam istana nogori. Kami berehat setelah merempuhi hari-hari yang sangat penat di universiti.

Aku menyiapkan baju melayu ku untuk dipakai pada keesokan hari. Aku kangan bangat sama takbir raya. Setelah selesai semua persiapan diri, pelayaran ke dunia khayalan bermula.

zZzZZzZzZZzZZzzzzzzzzzzzzzz......

1000a.m.....a.l.a.m.a.k!!!

Aku dengan pantas bangun dan mengejutkan Bunyamin. Sungguh liat untuk mengejutkan manusia ini. Aku keluar dari bilik dan kelihatan saudara Bunyamin yang berumur 8 tahun lengkap berpakaian baju melayu berada di hadapan tv. Dia menegur ku dengan berkata, "surau da abis semayang pun".

*Bukan salah aku tidak pergi takbir raya di surau, salah mereka yang tak kejutkan aku....hahahaha....

Friday 30 September 2011

kisah hari raya 2011

*agak panjang penulisan kali ini.
                                                                               
Tahun ini gua beraye sakan sebab dapat cuti yang agak lame. 1 hari 1 daerah. Gua pendekkan penulisan gua ini dengan program yang telah lame gua plan bersama rakan-rakan sekolah ku. Raye ke -5, gua telah pergi beraye di rumah Shapik. Agak tension bila plan untuk beraye sakan tersangkut bila Shapik yang tidak pernah menepati masa. Janji jam 1000 a.m tapi dia siap jam 1200a.m!. Mujor bulan baik, kalau tidak sudah lame gua sunatkan dia untuk kali ke-2.

Perjalanan di teruskan dengan menaiki kereta bersama 2 jejaka, Syukri dan Shapik dengan menaiki sebuah kereta mini cooper  di daerah Marang dan Dungun…

Setibanya di rumah Mamat, soalan yang pertama gua cari ialah nasi. Kami sampai jam 1330p.m. Memang waktu untuk makan tengah hari. Agak kecewa bila nasi tidak ada di rumah Mamat. Mak Mamat menyuruh kami menunggu sekejap kerna mee goreng akan dihidangkan. Alhamdulillah yang terkeluar dari mulut gua.Sepertimana yang kita tahu, kalau kita bersyukur Allah akan menambahkan nikmat tersebut.

Kami bertiga melahap mee goreng  yang cukup enak dan pedas. Terkejut gua bila melihat mee goreng tadi licin kami habiskan. Lapor sangat perut kami!. Makan sudah, rehat pun sudah. Walaupun umur kami baru 21, kami masih memerlukan duit raya untuk menampung perbelanjaan sebagai seorang remaja. Sekali lagi Alhamdulillah bila mak Mamat menghulurkan ang pau. Tidak sia-sia gua beraya jauh-jauh.

Destinasi seterusnya ialah di daerah Dungun. Daerah yang paling banyak students dari sekolah gua. Awal-awal lagi gua sudah menghantar system pesanan ringkat (sms) kepada Supian yang rumahnya akan menjadi persinggahan pertama kami. Setibanya di teratak Supian, agak terkejut bila kami dihidangkan dengan nasi ayam dan mee goreng. Kalau tak makan, nanti tuan rumah cakap tak sopan lak. Tapi bila kami makan, 2 3 kali ayam kena tambah sebab tak cukup. Di rumah Supian, kami ditemani oleh rakan-rakan yang lain. Hanya ucapan terima kasih yang dapat kami balas kepada keluarga Supian.

Sahabat yang sudah lama tidak bersua jangan dilupakan. Hadi yang masih melanjutkan pelajaran di India pulang ke tanah air pada raya kali ini. Gua dan rakan-rakan menjadi skuad terjah je bila time raya. Kunjungan ke rumah Hadi disambut baik oleh nya.
Dialog ringkas :

Rahimi : Hadi, ko da boleh ambil duit warna hijau nie. Cukup untuk 8 orang.
Piko : Warna hijau tak cukup la Hadi, bagi la yang merah..hahaha.
Hadi : hahahaha.


Agak lama kami melepak di rumah Hadi kerna hanya dia yang berada di rumah.  Duit raye mane?!. Tiba-tiba dia menghulurkan rm100 kepada gua supaya dibahagikan sama rata. Alhamdulillah misi untuk mendapatkan duit sudah tercapai. Dengan adanya rm100, sudah cukup untuk gua dan rakan-rakan bermain futsal.

pengajaran : sentiasalah bersyukur dengan sesuatu perkara.

Tuesday 9 August 2011

Reunion Batch 30


“Piko.esok ad reunion.kol  11 pg kt P.B.Burok. Marsha wat,” petikan dari sistem pesanan ringkas (sms) yang aku terima dari seorang kawan. Aku pendekkan cerita sebab aku sudah lama tidak berjumpa dengan mereka semua, almaklumlah semua cerdik pandai. Aku excited untuk pergi ke sana kerna ex cinta monyet aku juga turut serta dalam majlis yang aku panggil Reunion Batch, namanya Masha.

 Keesokkan harinya…

Aku bangkit dari katil ku tepat jam 10 pagi dengan penuh semangat untuk berjumpa dengan Masha. Demi Marsha aku sanggup mendahului pagi ku dengan mengelap Pinky ku dari segala kekotoran. Setelah selesai membersihkan Pinky, aku menyiapkan diriku dengan sehensem yang boleh.

Perjalanan dari teratakku mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke venue yang telah ditetapkan. Aku sampai ke sana agak lewat, tepat jam 1130 pagi. Aku mencari kawan-kawanku dengan menghantar sms dan menelefon mereka. Agak kecewa dan terluka bila tiada satu pun response yang aku dapat.

Bak  menunggu bulan jatuh ke riba. Aku menghiburkan diriku dengan mencuci mata bersama pinky. Tanpa ku sedari azan zohor berkumandang dengan merdunya. “Aku termasuk dalam rancangan Bang Bang Boom ke?, ” bisik hatiku.

 Demi Marsha aku menunggu sehingga azan selesai. Tiba-tiba, aku dilambai oleh seorang awek di dalam sebuah kereta BMW. Aku sangat mengenali wajah tersebut, Masha. Dia datang bersama rakan-rakanku yang lain. Sebuah BMW dan Myvi parking di depan pinky.  Menggigil kakiku bila Masha datang kepadaku. Tanpa segan silu dia menyapaku dengan 3 patah perkataan, “ Dah lama sampai?”.

Aku membalas dengan meninggalkan Marsha bersama rakan-rakanku yang lain. Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang aku luahkan dalam hatiku. Aku tidak akan percaya pada Marsha sampai bila-bila!!!.

p/s : 1.aku tidak akan percaya pada janji Marsha.
         2. tolong minta maaf selepas melakukan kesalahan.





Wednesday 29 June 2011

Sepetang di Kuala Lumpur

Hari ini aku akan bertemu dengan seorang kenalanku yang manis dilihat oleh pandangan mata (memang cun!). Pertemuan dijanjikan selepas solat zohor di sebuah shopping complex di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Aku akan menaiki KTM dari stesen Putra selepas membeli tiket untuk pulang ke kampung halamanku esok. 

Aku ringkaskan penulisan cerita bila aku cakap aku tersalah mengambil laluan untuk menuju ke tempat itu. Jam yang aku rembat di rumah kawanku menunjukkan 1405 p.m. Masih awal lagi dan aku tidak perlu gelocoh untuk berjumpa dengan kawan aku yang cun itu. Oleh kerana aku tersilap mengambil train, aku terpaksa menunggu train yang seterusnya. 

Aku melakukan perkara yang sama macam lelaki lain buat semasa menunggu train. Cuci mata!. Tiba-tiba mata aku terkejut bila melihat board yang menunjukkan masa train tiba.

2109p.m. 

"Kurang ajor!. Teknologi je canggih tapi tak berguna!", aku menyumpah seranah seorang diri. Agak gila kalau 7 jam aku terpaksa menunggu. Mujur kawan aku cun.hehe. Aku sanggup menunggu untuk bertemu dengannya. Penantian aku tidak sia-sia dan train tiba dengan laju nya di depan mataku. 

Aku pendekkan cerita ku. Aku disambut dengan senyuman yang manis oleh kawanku. Lemah longlai aku melihat senyuman si dia. 

"I nak semayang dulu nie" kata Marsha (bukan nama sebenar) kepada ku.

Peluang aku untuk melihat ragam manusia pun bermula. Pelbagai fesyen yang dapat aku lihat pada tahun ini. Semuanya mahu berfesyen macam model. Tiba-tiba seorang perempuan lalu di depanku dan tanpa segan silu membla bra dengan slambernya

Tidak senonoh!.Tapi rezeki bagiku.hehe. Aku meneruskan saat bahagiaku bersama Marsha sepanjang hari di pusat beli-belah di kota raya Kuala Lumpur. 

p/s : jangan bla bra depanku.






Monday 20 June 2011

Ejen 007

Hari  ini aku ditugaskan untuk menyertai satu misi yang tidak diketahui tujuannya. Aku hanya mengikuti  dua orang ejen lain yang lebih profesional dariku. Seorang lelaki dan seorang cewek. Cukuplah ku katakan muka cewek itu macam Angjelina Jolie. Bibir besar dan seksi. Aku pangil dia Alyah (bukan nama sebenar). Kalau sebut seksi mesti lelaki suka kan?. Tepuk dada jawab sendiri.

******************

Kami bertiga berehat seketika sambil menikmati makanan yang sungguh lazat dan banyak. Macam biasa, aku melahap macam aku makan masakan emak aku. Masakan emak sangat sedap dan tiada tandingannya.  Tiba-tiba muncul segerombolan makhluk yang aku tidak ketahui dari mana datangnya. Haram. Muka hodoh macam penyangak. Kalau tengok memang tiada “nur” langsung. 

Kami bertiga hanya berdiam dan Alyah mengatakan yang aku tidak perlu menggunakan kekerasan.  @$#$^%&^%&*^&(.)(.) suara yang keluar dari mulut makhluk hodoh tadi. Aku makin pening. Aku hanya membalas dengan berkata “eat” sebanyak 3 kali. Mujur mereka paham. Amin. Sungguh gelocoh mereka makan.

******************
Aku dan kawan aku terpaksa meneruskan perjalanan kerna ada misi yang perlu diselesaikan. Alyah tidak dapat mengikuti kami kerana  terpaksa beredar ke tempat lain. Aku menggunakan kepakaranku untuk memasang skyboard yang dilengkapi turbo. Aku dan rakanku meninggalkan Alyah bersama makhluk hodoh tadi.
Aku diajar beberapa teknik dalam pertarungan sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang aku tidak ketahui.

Tiba-tiba, Kring……kring….kring……

‘Aduih.Kacau je la phone nie’. Alarm  handphone aku berbunyi. Misi aku tidak dapat diteruskan dan aku terpaksa meninggalkam dunia hayalan dan meneruskan dunia yang nyata.


Kawen 4

Salleh (bukan nama sebenar) ingin membina sebuah lagi masjid. Oleh kerana Salleh seorang yang kaya dan ada segala-galanya, beliau telah berkahwin dengan 3 orang yang sangat dicintainya. Hari ini beliau ingin meminta persetujuan dari semua isterinya mengenai hajatnya yang sangat besar.

Isteri pertama dan isteri kedua mengizinkan Salleh kerna bimbang akan diceraikan. Isteri ketiga merupakan seorang isteri yang masih muda dan masih memerlukan nafkah batin yang secukupnya.  Salleh memulakan perbualan dengan isteri ketiganya.

‘Kenapa Ayu tak izinkan abang untuk berkahwin lagi satu?’ kata Salleh.

‘Ayu bukan tak izinkan abang. Tapi abang kena faham’.  Ayu membalas dan berdiam seketika.

‘Faham apa Ayu?’.menggaru kepala sambil menanti  jawapan Ayu.

‘Kotel abang dah lembek’. Ayu memberikan jawapan yang membuatkan Salleh berfikir panjang.

Wednesday 1 June 2011

jujor

Ikhlas aku katakan yang aku benci perempuan itu.
Tapi sayang aku terhadap dia tidak akan hilang.
Aku cuba dengan sedaya upaya aku kerna 
aku benci dia.

dah...aku benci dia sampai gapan pun.
Terima kasih ALLAH kerna masih memberi 
aku ruang untuk meneruskan hidup aku
sebagai khalifah-MU!..

Wednesday 25 May 2011

hati tak sedap part 2

Patut la hati gua tak sedap.
Hari ini gua kena tahan dengan polis.
Gua tanya "kenapa buat roadblock?".
Dia jawab "saje je nak check moto".

"adik, lesen adik dah tamat tempoh hari nie.Nanti adik p sambung k"
kata mak polisi kat gua.

Patut la hati gua tak sedap.
Duit melayang sambung lesen!.

hati tak sedap

Dari pagi semalam hati gua tak sedap.
Subuh dah bangun awal tapi hati tetap tak sedap.
Gua tak fikir apa-apa pun.
Gua cuba menyedapkan hati gua dengan lagu-lagu.tapi
hati gua tetap tak sedap.

Dah gua nak stop dulu kerna
kalau panjang-panjang mesti gua tulis benda sama je.
Hati gua memang tak sedap sampai ke hari ini.

Monday 23 May 2011

sesat

"Perjalanan kita tak la jauh sangat". "Aku harap korang semua sabar ye". "Jaga mental kamu semua". Jangan paksa sangat, kalau tak larat stop je".

Antara perkataan yang keluar dari bibir aku. Aku paham apa yang mereka rasa. Mereka lemah tapi aku bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka sebagai kaum Hawa. Aku hanya memerhati dan berdoa agar mereka kuat macam aku. Terdetik di hatiku melihat wajah mereka semua.

mereka : Macam mana?.jauh lagi tak?
aku : Tak. Da dekat je nie.

Aku terpaksa menipu untuk menjaga hati mereka. Hanya kepenatan yang terpampang diwajah mereka. Aku dapat merasakan perjalanan aku makin jauh. Aku akan berusaha untuk mencari jalan keluar. Hanya air yang dipenuhi dengan berudu menjadi penghilang dahaga aku. Aku terlupa untuk membawa bekalan air. Tenaga yang ALLAH kurniakan kepada ku semakin kuat. Aku melangkah laju dengan berlari. Berlari dan terus berlari mencari jalan keluar.

Ada kalanya aku terasa diriku ingin rebah ke bumi. Wajah mereka membuatkan aku dipenuhi dengan tenaga.
Hanya Tuhan yang mengerti.

"kita terpaksa berpatah balik sebab sudah tersasar jauh".

Aku akan membawa mereka pulang dengan perjalanan yang sangat jauh. Aku hanya mampu untuk memohon maaf di atas kesesatan yang telah aku lakukan.  

cinta

Aku masih lagi mencari dan terus mencari
apa yang dimaksudkan dengan CINTA.
Kalau dapat couple terus dapat CINTA ke?
bukan ke CINTA itu datangnya dari hati?

ada orang cakap CINTA pandang pertama itu kekal.
Betul ke?
aku tidak percaya kerna aku tidak pernah laluinya.

CINTA selalu dikaitkan dengan sumpah setia.
"sumpah saya CINTA awak".
betul ke?.

semakin lama aku masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan
CINTA pada kekasih.
kerna aku lihat, aku alami dan aku rasa semuanya.
aku benci!!!

Aku yakin hanya satu CINTA yang akan kekal dan
 aku percaya sampai bila-bila.
"CINTA PADA ILLAHI"...

hatiku

aku tulis apa yang aku rasa.
aku rasa benda itu boleh tenangkan
hatiku.

aku tulis apa yang aku pernah lalui.
kisah duka aku tidak peduli kerna
diriku tidak sempurna.

aku tulis apa yang aku inginkan.
banyak benda yang aku inginkan.tapi
aku tidak mampu untuk mengapainya.

Wednesday 11 May 2011

Aku Tak Marah Lirik

Kalau cinta katakanlah
Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu 
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah

Saturday 7 May 2011

Buntu

Aku buntu bila mencintai kamu,
tapi lagi buntu melarikan diri dari kamu.

Aku buntu memikirkan rahsia hidupku.
tapi..ingatlah.
buntu itu akan hilang suatu hati nanti
kerna aku sangat sayang akan kamu.

Thursday 5 May 2011

Letih

letih.lemah.
bila memikirkan cinta.

Terima kasih Tuhan.
sebab telah menutup pintu hatiku
untuk menyintai perempuan untuk seketika.

Perempuan Lucah

Petang itu suasana sangat hening selepas hujan membasahi bumi.
Aku ingin keluar untuk mengambil sedikit ketenangan.
Sungguh tenang otakku menghirup udara yang begitu segar.
Aku meghela nafas panjang.

Mataku terbeliak melihat aksi lucah seorang perempuan.
Tempat public pun boleh dilakukan tanpa segan silu.
Aku memerhati dengan penuh kusyuk.
Aku terpaksa tengok untuk menghangatkan lagi penulisan blog aku ini.

Kau usap badan badannya dengan penuh ghairah.
Kau belai.Kau peluk. Kau cium.
Suasana semakin hangat bila kau menunggang di atas nya dengan penuh cermat.
Kau rangkul badan dia dengan satu pelukan yang amat aku mimpikan.
Kau makin gelojoh.
Kau belayar ke bahagian bawah. Badan dia menjadi habuan nafsu kau.
Tidak perlu aku lanjutkan aksi lucah ini kerana tidak sesuai untuk minda pembaca.
Hanya mata aku yang menjadi saksi perbuatan terkutuk perempuan itu.

Kau penat sebab hanya kau yang bekerja.
Aku mengucap panjang kerana aku tahu kau minat akan motosikal baru itu.
Tapi. Kenapa Kau mencuba dengan penuh ghairah?..hahaha.

Sunday 1 May 2011

tiada buah fikiran

Aku tiada idea untuk menulis apa.
Walaupun ku tahu, aku banyak cerita ingin dikongsi.
tapi.
bila aku tidak tahu di mana permulaannya.
Inilah yang aku tulis.

Friday 22 April 2011

Lapar

Baru pagi tadi aku makan roti canai dengan teh tarik.
Sejam kemudian aku lapar lagi.

Aku menuggu bila perut aku tidak lapar selepas sejam makan.
Kalau benda ini jadi.
Aku mahu terjun dari Pavilion.

Wednesday 20 April 2011

Lemah

Aku lemah bila melihat air mata seorang wanita.
Terutama bila melihat titisan air itu datangnya dari mata seorang ibu.

Aku lemah bila melihat ketabahan seorang lelaki.
Terutama bila melihat ketabahan seorang ayah.

Aku lemah.........
bila aku memahami erti sebuah kasih sayang.

Tuesday 19 April 2011

Kene Peluk

Satu kelemahan diriku bila aku ingin tidur ialah aku  memerlukan sesuatu untuk dipeluk. Agak sukar untukku lena jika aku tidak peluk sesuatu. Jika tiada bantal lebih untuk dipeluk, ini adalah barang yang menjadi pengganti :

1. Beg kelas
2. Selimut
3. Gitar
4. Baju yang telah digumpal-gumpal
5. Besi penghadang katil
6. Patung Garfield kakak aku punyer

Ini yang aku ingat. Aku menunngu isteriku untuk aku peluknya sampai aku lena.hahaha

Saturday 16 April 2011

aku gaya

hari ini aku akan bergaya dengan baju no 1. Mesti pelik bila baju ada no kan?. Jangan tanya ini baju apa sebab aku memang suka bergaya dengan baju ini. Ramai awek-awek akan tergigit jari bila melihat lelaki memakai baju ini. Aku terpaksa bangun awal untuk mengelakkan awek-awek tidak menunggu- nunggu kedatangan aku. Tepat jam 0500 a.m..Aku bangun dengan sendirinya. Macam biasa rutin harian ku ialah bersenam. Satu  tips untuk menjaga kesihatan.

Persiapan...

Perutku sangat lapar dan aku mencari makanan di dalam loker aku. Hanya sebungkus maggie yang tinggal. Aku bersyukur masih deberi peluang untuk makan di pagi hari. Maggie tidak cukup sebab aku akan berkongsi dengan 3 orang rakan ku yang akan sama-sama bergaya dengan baju no 1. Aku mengisi perutku dengan sebiji telur separuh masak. Sudah cukup untuk ku bertahan sampai majlis makan beradab bermula. Setelah semua persiapan diri selesai, aku turun untuk berbaris jam 0645a.m. Awal x?

Majlis perbarisan bermula dengan jayanya. Aku segak, lagak dan bergaya bersama baju no 1. Aku tidak berpuas hati kerana gambar aku di dalam kamera aku sedikit berbanding gambar rakan-rakan yang lain. Assistant aku tidak menjalankan tugas dengan baik.haha.

Akhirnya, bila aku pose depan kamera inilah jadi nya. Bersiap sedia untuk beraksi bersama basikal.


Friday 8 April 2011

mimpi yang nyata

8 April 2011. Hari ini aku terasa sangat tension berada di dalam hostel dan aku tetap ingin keluar bersama basikal aku. Alang-alang esok ada kerja yang perlu di bereskan di luar, aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah kawanku yang perjalanan berkayuh selama 40 minit dari hostel ku.

Kayuhan aku bermula dengan kayuhan 20 km/h. Semakin laju 40km/h. Kayuhan maintain sebab kaki ku yang tidak lagi sembuh dari kecederaan yang lama. Aku juga rindu akan pinky ku yang sudah lama tidak 'berasmara' dengannya. Hari ini juga aku akan membawa pinky untuk di service. Selama 40 minit aku mengingat kenangan indah ku selama aku hidup bersama pinky.

Tempat yang di tuju selamat tiba. Aku berlari untuk memeluk pinky yang tersayang. Kurang ajaq!!!..Pinky digari bersama si hijau yang sangat hensem(vespa). Mimpi aku minggu lepas menjadi kenyataan kerana moto aku tidak mempunyai sticker apartment yang baru. Duit aku pasti melayang untuk mengikat jamin pinky. Aku bersemuka bersama 'polis' dan akhir nya aku mendapat diskaun untuk melepaskan pinky dan si hijau. RM20 tidak menjadi masalah buatku sebab aku sayang pinky.

Aku bercumbu bersama pinky sepuas-puasnya. Aku membawa pinky lari jauh dari red zone tersebut dan kini pinky bersama aku.

Saturday 2 April 2011

Kedai mat salleh

Peristiwa di Perak.

Selepas perut aku menahan lapar dari pagi, aku terasa sangat terharu sampai mahu menangis bila aku dapat singgah di sebuah restoran. Aku menahan lapar sebab hari ini ada game rugby di unikL di Perak. Trak 3tan sempat lagi drift di depan restoran tersebut. Mata aku melilau mencari nasi berlauk. Aduih..semua western. Aku tidak suka masakan barat ini.

Kami semua terpaksa masuk ke kedai yang agak mewah itu sebab perut sedang bergendang dengan agak kuat selepas penat bermain. Aku melihat menu dan harga. Aku benci Inglish menu. Aku mencari harga yang paling murah. Makanan yang paling murah iaitu nasi bujang (nasi + telur dada +sup). Mata aku masih mencari harga yang paling murah. RM4.50. HOMETOWN FRIED RICE. Aku terpikir 1 benda. Kedai ini mat salleh je ke yang datang makan???...Mat salleh datang Malaysia pun sibuk mahu speaking in MALAY.

Aku tanpa segan silu meminta menu tersebut dengan speaking ala-ala mat salleh. I'm feel stupid when i speak in  Malay. Rasa tamak ada dalam perut aku. Aku meminta telur dada. Mujor akak itu memberitahu aku bahawa telur akan di gabungkan 4. Gila!!!....2 cukup la..Telur aku sudah cukup la. Terpaksa cancel untuk makan telur dada.

Setengah jam aku menungu. Kedengaran lagu maher zain di dalam perut aku. Kaki ku juga turut menari mengikut rentak muzik. Akhirnya, menu sudah sampai . Aku mencari nasi aku. Akak menghulurkan sepinggan nasi yang sangat banyak. NASIK GORENG KAMPUNG rupanya!!!!...penat aku speaking tadi.

Aku mulakan suapan HOMETOWN FRIED RICE aku dengan kalimah bismillah..

Thursday 31 March 2011

hukum gantung

28 march 2011


Aku lewat ke kelas 5 minit je.Ingat lagi lecture aku yang paling garang??..kali ini aku dikenakan hukuman membuat surat tunjuk sebab mengapa lecture tersebut tidak perlu mengambil tindakan terhadapku. Aku mengemukakan tiga alasan di atas surat yang paling rasmi siap ada cop JKK lagi. Aku paling semangat. Surat itu berjaya sampai di bilik nya jam 8.01 pagi semalam.

31 march 2011


Aku tidur tidak lena sebab hari ini kelas dia lagi. Aku melangkah awal ke kelas dan bangga sebab aku awal sedikit dari dia. Gila bila aku katakan surat tunjuk sebab aku menyebabkan aku akan masuk mahkamah tentera minggu depan.Ini kerana aku meniru kata aluan surat kawan aku.Bukan aku seorang tapi kawan-kawan aku pun kena juga.

Mahkamah ini di bawah akta angkatan tentera malaysia dan diadili oleh kawan-kawan kelas aku. Hakim adalah mereka semua. Hanya lecture aku yang garang itu menjadi ketua hakim dan akan menjatuhkan hukuman kepada kami.

moral : jgn meniru walaupun sepatah perkataan pun.

Sunday 27 March 2011

Melayu

Hari ini aku ad game rugby di UKM Bangi. Aku bangun dengan awal sebab game pertama aku jam 10 pagi. Malam tadi pula aku bersama kawan-kawan basikal sampai ke lewat pagi. Aku tidur dalam keletihan di atas katil busuk aku.

Aku bangun dengan keadaan tergesa-gesa sebab aku perlu mengambil junior aku di stesen LRT. Dunia sudah terbalik. Sepatutnya dia yang mengambil aku. Agak kurang ajar. Macam biasa, aku akan pergi bersama pinky aku. Langkah pertama sebelum gerak, check minyak dulu. "ok cun. Minyak sempat lagi nak g stesen minyak".

Aku menuju ke tempat yang diinginkan bersama pinky aku. Aku dilamun cinta bersama pinky. Tiba-tiba pinky mati di tengah-tengah jalan. Aduih. Aku melihat tangku minyak yang sudah kering. Siapa suruh pakai moto cc besar lagi?.Aku meminta tolong dari seorang pak cik melayu untuk meminjam moto nya. Tapi, apakan daya ku pak cik itu menipu aku dan mengatakan yang dia tiada moto.Aku nampak moto bersepah tepi jalan!!!!..(pak cik pekerja DBKL).

Pinky aku masih tersadai di tepi jalan. Aku tersadai di bawah rimbunan pokok. Game akan bermula tidak lama lagi. Aku hanya mampu berdoa walaupun dalam hatiku hanya mengutuk pak cik tadi. Aku tersadai dengan pinky selama sejam. Tiba-tiba pak cik itu datang kembali kepadaku. Maybe dia mendengar keluhan hatiku. Dia membawa ku ke stesen minyak dan akhir nya pinky aku berjaya di hidupkan. 

Hatiku masih memikirkan situasi di mana pada mula nya. MELAYU TIDAK INGIN MENOLONG MELAYU!!!..

Aku meneruskan perjalanan ku ke padang rugby di UKM Bangi dengan pinky dan juniorku yang agak kurang ajar..

Friday 25 March 2011

Aku serik

Aku tertidur dengan memakai seluar jeans dan baju adidasku. Tidurku memang sangat lena di ats katil yang menggunakan 3 tilam. Memang sangat empuk. Memang aku tidak nafikan kalau tidur, mesti aku dapat mimpi. (Jangan Tanya aku mimpi apa). Aku tidur dengan sungguh nyenyak pada malam itu.
ZzZZ….

Kebiasaannya kalau kelas start jam 8.00a.m , aku akan bangun jam 05.50a.m. Tidak awal sangatkan?. Macam biasa, aku kena makan roti dan bersenam dulu sebelum mandi. Sebab itu badan aku tough dan kesihatan aku o.k.

****************

Gila!!!..Aku tersentak bila melihat jam Puma aku menunjukkan jam 06.55a.m..Kawan-kawanku semua tengah bersiap untuk ke kelas. Agak kecewa kerana mereka tidak kejutkan aku. Tayar bas bergolek jam 07.15 a.m. Mataku memandang ke luar tingkap dan melihat hujan yang masih renyai-renyai turun. Suasana sejuk dan dingin memang aku suka. Aku bersiap dengan sepantas kilat sehinnga aku tertinggal senaman pagiku.

Mujur sempat aku naik bas. Aku tahu lecture aku ini memang garang sebab dia pegawai askar. Kalau lambat confirm kena. Kelas aku semuanya dekat tingkat 9 dan 10. Macam biasa, masalah yang tidak pernah setel dari dulu lagi. Lift FULL!!!. Oleh kerana aku yakin aku kuat, aku berlari menggunakan tangga untuk menuju ke kelas ku. Agak laju dan pantas dengan menampung berat buku yang sangat tebal. (calon dekan).  Agak berpeluh bila aku sampai ke tingkat 9.

Aduih..Aku lupa kelas aku dekat mana. Membazir masa betul la. Mati la aku kali ini. Aku bagai rusa masuk kampung. Aku mencari dan akhirnya kelasku berada di hujung tingkat 10.

******************

Aku gagah masuk ke kelas dangan muka yang cool.
Aku : Good morning sir!.
Sir : Morning.
Aku : sorry sir I’m late.
Sir : kamu baru sampai?(tiba-tiba lecture aku cakap melayu)
Aku : yes sir!.(I’m feel stupid when I speak Malay)

Perbualan aku dengan leture aku berakhir dengan aku menerima hukuman.  Tidak perlu aku menceritakan hukuman itu kerana sangat memedihkan. Hukuman itu membuatkan aku serik..
Aku serik!!!.

Tuesday 22 March 2011

Jumaat itu

“Student kat belakang tue kenapa tido”..suara itu menyirap masuk ke dalam gegendang telingaku. Mimpiku terganggu terdengar suara hantu itu. “Kacau la lecture nie”.”Bagi la peluang dekat aku untuk tidur”. Lecture memang tidak memahami hati student langsung. Mereka harus tabah mengajar student macam aku ini kerana minggu ini aku terpaksa tidur dalam kelas.

Aku pulang ke bilik dengan perasaaan yang sangat hampa kerana tidak dapat tidur yang lena dalam kelas. Sudah semingu juga aku tidak boleh tidur. Mataku hanya mencurahkan air mata menahan kesakitan yang amat pedih. Aku menangung derita dengan hati yang  sangat tabah.

********************
Hari ini hari jumaat. Sebagai lelaki muslim aku perlu menunaikan solat jumaat sama seperti minggu yang lain. Aku masih menahan kesakitan. Tiba-tiba darah lelaki memancut keluar. Kepalaku terasa ingin pecah.
Jam 12.30 tengah hari. Aku berharap aku sempat untuk pergi solat jumaat. Aku menuju ke tempat yang jarang aku pergi. Setibanya di sana, aku disambut oleh 2 wanita yang sangat jelita. Dengan serta-merta sakitku berkurang.

********************

Suasana makin gentir….

Kakiku sejuk melangkah ke bilik pembedahan. Aku ditemani 2 wanita yang cantik tadi. Operation bermula dengan suntikan bius. Kepalaku di belai oleh seorang wanita untuk melegakan kesakitan.
Akhirnya setelah hampir  sejam aku bertarung nyawa, sakitku akhirnya hilang. Walaupun duitku melayang dengan banyak untuk menampung kos pembedahan, aku sangat bersyukur kerasan selepas ini aku akan mendapat tidur malam yang lena. Aku pulang ke bilik dengan keadaan diriku yang masih lemah. Aku sudah kehilangan banyak darah. Aku perlu tidur untuk mengembalikan tenagaku.

ZzZzZZ……

Aku sakit GIGI la.Gigi aku patah sewaktu aku main rugby dulu..hahahaha....

Monday 21 March 2011

ingin terbang

kalau aku boleh terbang sekarang ini, aku akan cuba setelkan semua ini :

1. Makan nasik dekat rumah aku di kampung.
2. Singgah makan di kedai setiap negeri di Malaysia.
3. Pergi jumpe Siti Nurhaliza.
4. Singgah di puncak gunung Kinabalu.
5. Hantar family aku ke Makkah.
6. Try kencing di Bulan.
7. Berbaring di kutub utara dengan penguin.

tapi..itu hanyalah khayalan...cuba buang perkataan KALAU...mesti sakit hati kan...

Wednesday 16 March 2011

satu cerita

Malam ini aku tidak mahu bersedih sebab aku gembira dan gila. Aku menulis ini pada jam 4.40pg mengikut jam Puma aku. Malam ini aku berjalan menuju ke tempat yang sangat jauh menggunakan sebuah motosikal. orang cakap: jauh perjalanan, luas pemandangan.

Berkat hasil air tongkat ali ais yang aku minum di kedai mamak sangat memberikan aku power yang secukupnya. Aku melepak di sambil melayan channel ESPN yang memaparkan aksi 18sx..WWF Wrestling...hahaha..aksi lucah...Selepas itu, aku meneruskan perjalanan untuk mencari pemandangan yang indah.

100km/h.....120km/h....135km/h.......meter motosikal semakin laju..

tiba-tiba mata ku ternampak bayangan hitam dalam samar-samar cahaya yang kusam. Aku semakin takut.Bulu kakiku sudah naik. Hanya surah yaasin yang terlintas dalam kepala aku. Aku membaca ayat demi ayat. Aku semakin takut kerana bayangan itu semakin hampir dengan ku.

arggggggggggggggggggggggggghhhhh....aku tidak takut lagi

piko : moto ada rosak ke?
unlce ; ada masalah la bang.
piko : umah dekat mana?
uncle : jauh sana..
piko : xpe uncle..saya tolak la.
uncle : jauh sana bang...

Kalau aku ulang dialog itu tdak akan habis sebab uncle berdegil untuk menolak sendiri. Aku menunda moto uncle secara berhemah. Apa yang aku nampak hanya kepenatan pada muka uncle. Uncle takut untuk meneruskan perjalanan menunda kerana dia pernah dirompak dalam keadaan yang sama. Dia percaya padaku sebab dia cakap aku baik.

Aku menunda moto uncle sehingga sampai ke umah dia. Perjalanan yang sangat jauh. Aku hanya mampu berkata "kalau uncle tolak dari tempat tadi memang gila"...jauh gila...Perjalanan kami selamat.
Uncle mengucapkan ribuan terima kasih padaku. Aku hanya mampu bersenyum.

Aku menolak pemberian RM50 uncle sebagai upah. Aku menolak dan terus menolak. Tapi apakan daya, aku paham apa yang uncle rasakan. Akhirnya aku terpaksa aku dengan pemberian itu.

Aku pulang dengan hati yang sangat gembira kerana nilai harga tongkat ali ais RM 2 berubah menjadi RM50..hahah

Tuesday 15 March 2011

Jalan ke Neraka

Kau bodoh!
Kau tinggalkan aku tanpa sebarang berita
Aku perlukan kau..bodoh!
Aku tunggu dan terus menunggu.

Aku give up....

Kau matikan handphone kau
Aku menungu  khabar berita dari kau..bodoh!
Kau hilang meningalkan aku.

"Dia" datang....

"Dia" datang saat aku kesunyian
Saat aku perlukan kasih sayang,
belaian dan pelukan.
"Dia" bagi aku kenikmatan..kenikmatan
yang kau tidak berikan padaku.
Kau bagi apa?hanya derita dalam hatiku.

Aku hanyut dalam pelukannya.
Hidupku dipenuhi dosa.
Tapi aku terpaksa...

"Dia", "dia", dan "dia" meyakinkan aku
untuk terus melupakan kau.
Kini..aku selangkah demi selangkah menuju jalan ke Neraka....

air mataku

bodoh kalau aku katakan
"aku tidak rindu dia".

gila aku katakan
"aku tidak tunggu dia".

katil in menjadi tempat aku
meluahkan semuanya
air mata
air m***
air peluh
penat lelahku semuanya disini...

aku mengenangkan diriku dengan air mata
kerana air mataku hanya untuk dia....

Friday 11 March 2011

jiwa kesepian

aku datang
kamu pula pergi
pergi meninggalkan aku sendiri di sini..

aku terus berjalan
mencari dan terus mencari dalam kegelapan
meski aku tidak tahu ke mana arah nya..

kamu memadamkan cahaya itu
sehingga aku tersepak batu
lalu jatuh tersungkur..

kamu yang membuatkan jiwa ini sepi,
hingga aku jadi hampa.
hingga aku mati dalam kegelapan..

oh bunga

tiba-tiba sahaja idea nie terkeluar bila aku mandi pagi tadi.

memang bunga itu cantik
warna nya...bau nya..memikat mata ku
tapi..aku takut untuk mengambil nya
aku takut bunga itu akan rosak
akan hancur
akan layu
akan pudar.

cerita aku....

aku ibarat lebah
aku inginkan madu itu
aku ingin merasakan kemanisan itu
aku tidak ingin lari dari bunga itu

aku tahu bunga itu akan rosak tapi
bunga tu memberi aku madu
aku hargai nya sampai aku dan bunga tu mati....

Thursday 10 March 2011

Jalan itu

aku lalui jalan yang sangat lurus
jalan yang sangat panjang dan gelap gelita
aku gagahkan kaki ku untuk teruskan perjalanan
hanya berbekalkan sepasang kaki dan mata ku
untuk mencari sedikit cahaya.

selangah demi selangkah aku berjalan
duri dan kaca menjadi penghalangku
aku bangun dengan kaki yang penuh dengan darah
aku bertahan selagi aku belum menemui cahaya itu.

aku bersyukur....

basikal itu menguatkan semangat ku
aku kayuh dan terus kayuh di atas jalan yang lurus.
selamatkah aku?

aku lemah...
aku pasrah..
aku akur...

tidak ku sangka jalan itu penuh dengan kaca dan duri
aku kuatkan diri aku berjalan di atas tapak kaki yang penuh dengan darah
sebab aku tahu aku mampu laluinya...



Monday 7 March 2011

Cinta Monyet

terkeluar idea bile aku lihat bdk skolah td
Bangga...

Bila aku dikenali ramai.
Bila guru suka akan aku.
Bila cewek-cewek menyebut namaku.
Bila aku tidak mengenali mereka...

Gila...

Baru usia 10 tahun mereka tergilakan aku.
Aku jadi gila.Makin gila.
Menerima 4 calon untuk diundi.
Kertas undi jadi rosak.
Aku pangkah semua....

12 tahun...

Semakin gila.
Aku dinaikkan pangakt sebagai ketua pelajar.
Aku semakin glamour.
Ke mana sahaja aku pergi cewek-cewek
inginkan aku...

21 tahun...

Aku lupakan cinta monyet itu.
Hanya sesuai untuk monyet sahaja.
Namun 20 tahun aku belajar dari pengalaman.
Aku masih mencari siapa diri aku yang sebenar...

Wednesday 2 March 2011

Kerja Gila

serba sedikit trip from KL - Kuantan - KL

Hari pertama 2/2/11
- aku baru sampai dari Terengganu.
- paan bagi masa aku 1 jam untuk bersiap..aku tidak cukup tidur.
- Gila!!!..mahu kayuh dari KL - Kuantan (teluk cempedak)
- kagum dengan Mar.
- tayar Vida bocor..handphone aku terjatuh..aku terasa diri aku macam Anuar Manan.
- bimbang akan si dia.
- Rafiq terjatuh.
- tidur dalam khemah.

Hari kedua 3/2/11
- terkejut bila dengar tidur RnR Maran.
- phone aku sudah masuk voicemail.
- hidup dengan walkie -talkie.
- aku dapat 3 mimpi bila tidur dalam surau.

Hari ketiga 4/2/11
- cuaca panas gila.
- ingat Felda Kg New Zealand kan?
- ponteng sembahyang jumaat..musafir kan?
- tidur tepi jalan.
- lepak dekat tepi kolam pancing..sangat lama...siapa yang mulakan?
- jam 22.15pm..TELUK CEMPEDAK.
-dapat sambutan yang hangat dari kawan-kawan yang lain..belaian dan kucupan yang sangat indah.

Hari keempat 5/2/11
- dapat ramai kawan baru.
- PLORE bemula.
- memang enjoy gila.
- "aku macam orang gila sebab.........."

Hari kelima 6/2/11
- bertolak balik.
- rindu akan mereka.
- kayuhan Paan membimbangkan.
- aku dapat kuasa dari Anuar Manan.
- kawan tetap kawan.
- layan corner...sangat menggiurkan..bak malam pertama.
- semua selamat sampai.
- aku tidur dalam dakapan yang sangat aku idamkan.

Monday 28 February 2011

semalam

aku tidak tahu sudah berapa lama aku terpaksa menunggu dia.
aku dalam kebingungan.

aku tinggalkan semua itu buat sementara,
aku meneruskan hidup aku sebagai seorang "pelajar" yang mungkin
ada hala tujunya.semalam memang penat bagi ku.
kerja ku hanya melihat dan senyum....tut..tut..tut..
"wey. nk g merocok-rocok x?". aku berbelah bagi untuk membalas
mesej itu.tanpa berfikir panjang. "tggu aku balik trening dlu la."
aku tidak tahu erti penat ke?.

kayuhan bermula...

aku sampai di sana dengan dibasahi peluh jantan.
aku duduk bersila di atas permaidani merah yang bertahtakan emas.
sungguh selesa.aku dapat merasakan kedinginan istana tersebut.
aku bersyukur dan tidak sabar untuk menanti apa kesudahan cerita ini.

silent mode dalam hatiku

alamak..tiba-tiba hatiku makin sayu dan sebak.
"kenapa dengan cerita ini?.".aku masih lagi bertahan dan terus bertahan. sebab aku
LELAKI. mata aku tertumpu tajam pada mata si dia.
tidak berhenti basah sampai bila-bila.
apa yang aku nampak hanya derita...mungkin ada sesuatu yang ingin
aku ketahui..akhir nya.
maruah ku tercalar apabila air mata membasahi mata ku..

x gentlemen kah aku?

aku tinggalkan persoalan itu sejauh- jauh nye sebab
aku tahu siapa diri aku yang sebenarnya.

semalam hari yang paling emosi dalam hidupku.
semalam juga aku sangat merinduinya.
semalam juga aku hanya tersenyum melihat dunia.
semalam juga aku rasa.diri aku macam disampahkan.
semalam juga aku mahu berkata. "aku boleh kuat macam si dia."
semalam juga aku berkata "aku akan menunggu buat kali ke -2 ke?."
semalam juga hanya kawan ada disampingku......

Thursday 24 February 2011

kisah malam jumaat

malam ini aku tidak tahu untuk taip apa...
tapi ini yang aku mahu share...satu cerita.


Mat baru balik dari surau, dengar sharahan ugama.
Guru kata, sekali kita "bersama" dengan isteri kita malam Jumaat, macam kita bunuh sorang kapir dalam perang fi-sabilillah. Mat dengan bersemangat balik memberitahu isterinya, Kiah. Kiah mengangguk-angguk tanda faham. Jam dah pukul 10.00 malam. 


Che Mat bersuara,"Eh malam ni malam Jumaat kan Kiah. Jom kita bunoh kapir." Kiah mengangguk. Mereka terus masuk bilik. Setelah membunoh seorang kapir, mereka tertidur keletihan. Jam 1.30 pagi,Mat terjaga. Melihat kiah masih tidur, Mat mengejutkannya,"Kiah..Kiah, 
jom kita bunoh sorang lagi kapir." Maka sorang lagi kapir dibunuh.


Pukul 3.30 pagi, sorang kapir lagi dibunoh... hebat tu. Dah 3 orang kapir dibunoh, Mat terus tertidur mati. Jam 5.00 Kiah terjaga. Kiah terpikir,"Orang yang ajak bunoh kapir, tentu banyak lagi pahala." Lalu Kiah terus mengejutkan Mat. "Abang.. bang, jom kita bunoh sorang lagi kapir sebelum suboh ni.." Mat terus terlentok keletihan. Kiah terus mengajaknya bunoh kapir.


Lama-lama Mat pun bangun sambil menggaru-garu kepala. Nak buat macamana. Kiah dah ajak. Hati kecil berbisik, "Kalau macam ni, bukan kapir saja yang mampos, aku pun boleh mampos". Meskipun perjuangan kian lemah, Mat dan Kiah berjaya membunoh seorang lagi kapir sebelum suboh 
menjelang..........

He.. he... Pastikan malam jumaat dimanfaatkan.... untuk yang dah kahwin aje tau ! Yang belum tu, jangan tunggu lama lama ...

Tuesday 22 February 2011

2 zpp 44

kalau dengar 2zp44 mesti ramai yang cakap
"kos korang senang je".
kalau senang tidak akan ada yang pakai batch merah dalam kelas aku.
cuba tengok ramai mana yang melekat batch biru kat baju uniform?
boleh kira dengan tangan kan?nie baru satu.

ada lagi...

"woi..cpt la bagi attendance tue.aku nk sign nie".
"aduih,.ikot turn la..xley nak sabar ckit"
kalau jumpe kertas ini mesti laju je.

kelas pun bermula....

seorang demi seorang tumbang melabuhkan kepala atas meja.
semakin lama makin banyak. kalau tidak tahan sangat
pergi isi perut dekat kafe ataupun merokok dekat tangga.
semakin lama semakin ramai yang tidak ada dalam kelas.

situasi semakin bahaya...

silent mode.
mana yang gagah berdiri khusyuk je melayan pensyarah.tapi
aku dapat rasakan minda mereka melayang je..
tapi paling best bila situasi ini berlaku dalam kelas aku.
malas pergi kafe dan takut untuk tidur dalam kelas.

jangan terkejut..

tangga menjadi katil nombor 2 mereka..
tidak ada guna nya kalau
ilmu strategi yang dicurahkan oleh pensyarah tidak
dimanfaatkan...

Lelaki

Le...la..ki....LELAKI.
aku tahu kamu kuat
kuat makan, kuat tidur, kuat berangan
semua kamu nak jadi kuat.tapi
sanggupkah kau "buang" perkara yang paling kau sayang.

ubahlah wey wahai LELAKI!!!.
sampai bila kau nak jadi macam nie???...

Kau tue dah la B****, B******
sedar la siapa diri kau yang sebenar,
sebab tidak ada gunanya kau
jadi macam nie..................

tidurku

waktu kat jam Puma ku da tunjuk jam 0:53a.m.
aku x boleh tidur lagi.
ustaz cakap tdur yang sihat antara jam 00:30 hingga 01:00..aduih...
susah la nak dapat tidur yang sehat kalau macam nie....

mak pesan..
sblom tidur bace ayat kursi, sebab 2
banyak tidur aku dapat mimpi best je kot.
bukan mimpi b****.
time lecture mengajar pun aku ley mimpi.
sungguh berkat tidurku....

satu je ak harap..aku dapat lihat keindahanNYA lagi pada esok hari.
sebab...aku takut nak menghadapNYA........

Monday 21 February 2011

tentang awan


ramai org knl ak sbb ak ad vespa, kmera ngn basikal.
tp.pntg kah mreka knl ak sbb ak ad semua 2.
ak brsyukur sbb ak msih lg boleh brthan dan mreka senyum kt ak....

kls ku brjalan sperti ari2 y lepas.
dan juga ak ttp sme.lect start mgajar.ak pn pejamkn mate ku.
ak trjge sbb takot lect mrh ak tdo.mcm bse.ak tngkn mate ku sketika.
ak melihat awan y sgt indah.KOTAK Hatiku brkata.
kemane kah awan2 itu brgerak?ak ingin tahu.
dan ak juga ingin tenang mcm awan itu....


kotak hatiku yang pertama



sdh 2 mggu ak xdpt tdow ngn ckpnye.
sdh 2 mggu juga ak mgikat pwotku.
ari y akn dtg bkl ku tmpuhi ngn ati y tabah.tp tbh kah ati ku?
mslh itu dtg 1 prsatu dan ak cuba utk selesaikn nye dgn diri ku sndri y x smpurna ini.
ak yakin..ak kuat mcm mreka smue.........
KOTAK HATIku sntiasa brkata-kata.sampai bilekah sumue ini akn brakhir?...



21 februari 2011