] }

Monday 20 June 2011

Ejen 007

Hari  ini aku ditugaskan untuk menyertai satu misi yang tidak diketahui tujuannya. Aku hanya mengikuti  dua orang ejen lain yang lebih profesional dariku. Seorang lelaki dan seorang cewek. Cukuplah ku katakan muka cewek itu macam Angjelina Jolie. Bibir besar dan seksi. Aku pangil dia Alyah (bukan nama sebenar). Kalau sebut seksi mesti lelaki suka kan?. Tepuk dada jawab sendiri.

******************

Kami bertiga berehat seketika sambil menikmati makanan yang sungguh lazat dan banyak. Macam biasa, aku melahap macam aku makan masakan emak aku. Masakan emak sangat sedap dan tiada tandingannya.  Tiba-tiba muncul segerombolan makhluk yang aku tidak ketahui dari mana datangnya. Haram. Muka hodoh macam penyangak. Kalau tengok memang tiada “nur” langsung. 

Kami bertiga hanya berdiam dan Alyah mengatakan yang aku tidak perlu menggunakan kekerasan.  @$#$^%&^%&*^&(.)(.) suara yang keluar dari mulut makhluk hodoh tadi. Aku makin pening. Aku hanya membalas dengan berkata “eat” sebanyak 3 kali. Mujur mereka paham. Amin. Sungguh gelocoh mereka makan.

******************
Aku dan kawan aku terpaksa meneruskan perjalanan kerna ada misi yang perlu diselesaikan. Alyah tidak dapat mengikuti kami kerana  terpaksa beredar ke tempat lain. Aku menggunakan kepakaranku untuk memasang skyboard yang dilengkapi turbo. Aku dan rakanku meninggalkan Alyah bersama makhluk hodoh tadi.
Aku diajar beberapa teknik dalam pertarungan sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang aku tidak ketahui.

Tiba-tiba, Kring……kring….kring……

‘Aduih.Kacau je la phone nie’. Alarm  handphone aku berbunyi. Misi aku tidak dapat diteruskan dan aku terpaksa meninggalkam dunia hayalan dan meneruskan dunia yang nyata.


No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda....
tq...