] }

Wednesday 29 June 2011

Sepetang di Kuala Lumpur

Hari ini aku akan bertemu dengan seorang kenalanku yang manis dilihat oleh pandangan mata (memang cun!). Pertemuan dijanjikan selepas solat zohor di sebuah shopping complex di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Aku akan menaiki KTM dari stesen Putra selepas membeli tiket untuk pulang ke kampung halamanku esok. 

Aku ringkaskan penulisan cerita bila aku cakap aku tersalah mengambil laluan untuk menuju ke tempat itu. Jam yang aku rembat di rumah kawanku menunjukkan 1405 p.m. Masih awal lagi dan aku tidak perlu gelocoh untuk berjumpa dengan kawan aku yang cun itu. Oleh kerana aku tersilap mengambil train, aku terpaksa menunggu train yang seterusnya. 

Aku melakukan perkara yang sama macam lelaki lain buat semasa menunggu train. Cuci mata!. Tiba-tiba mata aku terkejut bila melihat board yang menunjukkan masa train tiba.

2109p.m. 

"Kurang ajor!. Teknologi je canggih tapi tak berguna!", aku menyumpah seranah seorang diri. Agak gila kalau 7 jam aku terpaksa menunggu. Mujur kawan aku cun.hehe. Aku sanggup menunggu untuk bertemu dengannya. Penantian aku tidak sia-sia dan train tiba dengan laju nya di depan mataku. 

Aku pendekkan cerita ku. Aku disambut dengan senyuman yang manis oleh kawanku. Lemah longlai aku melihat senyuman si dia. 

"I nak semayang dulu nie" kata Marsha (bukan nama sebenar) kepada ku.

Peluang aku untuk melihat ragam manusia pun bermula. Pelbagai fesyen yang dapat aku lihat pada tahun ini. Semuanya mahu berfesyen macam model. Tiba-tiba seorang perempuan lalu di depanku dan tanpa segan silu membla bra dengan slambernya

Tidak senonoh!.Tapi rezeki bagiku.hehe. Aku meneruskan saat bahagiaku bersama Marsha sepanjang hari di pusat beli-belah di kota raya Kuala Lumpur. 

p/s : jangan bla bra depanku.






3 comments:

tinggalkan komen anda....
tq...