] }

Monday, 23 May 2011

sesat

"Perjalanan kita tak la jauh sangat". "Aku harap korang semua sabar ye". "Jaga mental kamu semua". Jangan paksa sangat, kalau tak larat stop je".

Antara perkataan yang keluar dari bibir aku. Aku paham apa yang mereka rasa. Mereka lemah tapi aku bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka sebagai kaum Hawa. Aku hanya memerhati dan berdoa agar mereka kuat macam aku. Terdetik di hatiku melihat wajah mereka semua.

mereka : Macam mana?.jauh lagi tak?
aku : Tak. Da dekat je nie.

Aku terpaksa menipu untuk menjaga hati mereka. Hanya kepenatan yang terpampang diwajah mereka. Aku dapat merasakan perjalanan aku makin jauh. Aku akan berusaha untuk mencari jalan keluar. Hanya air yang dipenuhi dengan berudu menjadi penghilang dahaga aku. Aku terlupa untuk membawa bekalan air. Tenaga yang ALLAH kurniakan kepada ku semakin kuat. Aku melangkah laju dengan berlari. Berlari dan terus berlari mencari jalan keluar.

Ada kalanya aku terasa diriku ingin rebah ke bumi. Wajah mereka membuatkan aku dipenuhi dengan tenaga.
Hanya Tuhan yang mengerti.

"kita terpaksa berpatah balik sebab sudah tersasar jauh".

Aku akan membawa mereka pulang dengan perjalanan yang sangat jauh. Aku hanya mampu untuk memohon maaf di atas kesesatan yang telah aku lakukan.  

2 comments:

  1. awat aku rasa macam aku pon jd lagu ni gak eh haha

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda....
tq...