] }

Saturday 16 April 2011

aku gaya

hari ini aku akan bergaya dengan baju no 1. Mesti pelik bila baju ada no kan?. Jangan tanya ini baju apa sebab aku memang suka bergaya dengan baju ini. Ramai awek-awek akan tergigit jari bila melihat lelaki memakai baju ini. Aku terpaksa bangun awal untuk mengelakkan awek-awek tidak menunggu- nunggu kedatangan aku. Tepat jam 0500 a.m..Aku bangun dengan sendirinya. Macam biasa rutin harian ku ialah bersenam. Satu  tips untuk menjaga kesihatan.

Persiapan...

Perutku sangat lapar dan aku mencari makanan di dalam loker aku. Hanya sebungkus maggie yang tinggal. Aku bersyukur masih deberi peluang untuk makan di pagi hari. Maggie tidak cukup sebab aku akan berkongsi dengan 3 orang rakan ku yang akan sama-sama bergaya dengan baju no 1. Aku mengisi perutku dengan sebiji telur separuh masak. Sudah cukup untuk ku bertahan sampai majlis makan beradab bermula. Setelah semua persiapan diri selesai, aku turun untuk berbaris jam 0645a.m. Awal x?

Majlis perbarisan bermula dengan jayanya. Aku segak, lagak dan bergaya bersama baju no 1. Aku tidak berpuas hati kerana gambar aku di dalam kamera aku sedikit berbanding gambar rakan-rakan yang lain. Assistant aku tidak menjalankan tugas dengan baik.haha.

Akhirnya, bila aku pose depan kamera inilah jadi nya. Bersiap sedia untuk beraksi bersama basikal.


No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda....
tq...