] }

Saturday 2 April 2011

Kedai mat salleh

Peristiwa di Perak.

Selepas perut aku menahan lapar dari pagi, aku terasa sangat terharu sampai mahu menangis bila aku dapat singgah di sebuah restoran. Aku menahan lapar sebab hari ini ada game rugby di unikL di Perak. Trak 3tan sempat lagi drift di depan restoran tersebut. Mata aku melilau mencari nasi berlauk. Aduih..semua western. Aku tidak suka masakan barat ini.

Kami semua terpaksa masuk ke kedai yang agak mewah itu sebab perut sedang bergendang dengan agak kuat selepas penat bermain. Aku melihat menu dan harga. Aku benci Inglish menu. Aku mencari harga yang paling murah. Makanan yang paling murah iaitu nasi bujang (nasi + telur dada +sup). Mata aku masih mencari harga yang paling murah. RM4.50. HOMETOWN FRIED RICE. Aku terpikir 1 benda. Kedai ini mat salleh je ke yang datang makan???...Mat salleh datang Malaysia pun sibuk mahu speaking in MALAY.

Aku tanpa segan silu meminta menu tersebut dengan speaking ala-ala mat salleh. I'm feel stupid when i speak in  Malay. Rasa tamak ada dalam perut aku. Aku meminta telur dada. Mujor akak itu memberitahu aku bahawa telur akan di gabungkan 4. Gila!!!....2 cukup la..Telur aku sudah cukup la. Terpaksa cancel untuk makan telur dada.

Setengah jam aku menungu. Kedengaran lagu maher zain di dalam perut aku. Kaki ku juga turut menari mengikut rentak muzik. Akhirnya, menu sudah sampai . Aku mencari nasi aku. Akak menghulurkan sepinggan nasi yang sangat banyak. NASIK GORENG KAMPUNG rupanya!!!!...penat aku speaking tadi.

Aku mulakan suapan HOMETOWN FRIED RICE aku dengan kalimah bismillah..

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda....
tq...