] }

Friday 10 August 2012

hanya di musim raya

aku pelik...kenapa bila tiba musim ramadhan sahaja makin banyak kematian berlaku...bukankah ramadhan satu bulan yang mulia dan tidak perlu dicemari dengan kematian...tiap-tiap hari kita dapat dengar kemalangan terjadi dan akan ada yang terkorban...aku takut perkara ini terjadi kepada orang disekeliling aku...aku sayang mereka semua..aku berdoa agar mereka dijauhkan dari kecelakaan ini...

kenapa excident ini banyak berlaku pada musim raya ye???...adakah minda kita seudah disetkan untuk melakukan kemalangan pada musim raya sahaja???...minda kita yang mengawal pergerakan kita..ALLAH berikan otak untuk berfikir...perbuatan kita yang menunjukkan adakah otak kita betul atau tidak...

sesetengah orang cakap ini semua takdir...kalau diri sendiri yang mencari maut jugak dikatakan takdir???..


yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran....bawak kereta melebihi had kelajuan kerana mahu cepat sampai ke rumah???...bawak kereta dalam keadaan mengantuk???...itu normal bagi sesetengah dari kita...tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan di jalan raya dan sebagainya...ingatlah pada pepatah melayu...biar lambat asal selamat...lainnya dengan sesetengah sikap manusia...biar laju asal sampai awal...orang tersayang menunggu dengan penuh kegembiraan..tetapi...akhirnya...yang dapat hanya linangan air mata dan kain kapan...

sampai bila perkara ini akan berakhir???....sampai manusia dimuka bumi ini pupus???..polis tak mampu nak ubah minda manusia...diri sendiri yang perlu ubah perkara ini dari berulang...aku penunggang motosikal yang mampu lihat dari jauh bila kereta laju memecut ke depan...bila kemalangan berlaku depan mata aku..korang ingat aku nak tolong ke sebab korang bawak laju??..sorry...selagi sikap tu tak berubah..selagi tu hati aku tak berubah....

ini doa untuk menaiki kenderaan...





ini adalah untuk pedoman bersama...pandulah kenderaan dengan berhati-hati...jangan diikutkan perasaan semasa berada di jalan raya...aku harap kita semua dilindungi oleh-NYA...




#sori kalau ayat tak sedap...aku tak pandai menulis


20 comments:

  1. maybe semua orang nak cepat balik kampung. tuu yang jadi macam tuu. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa pasal. kita nak bergembira hari raya. takutnyaa jadi macam tuu :')

      Delete
  2. bila musim raya je, mesti banyak kemalangan. sbb masing2 nak cepat sampai ke destinasi. berlumba-lumba.haishhh

    ReplyDelete
  3. ajal tu dah di tetap kan allah tak kan lambat dan takkan cepat walau seminit. xcdent tu hanya lah penyebab kematian. sbb dulu masa mula2 allah arah kan malaikat izrail untuk amik nyawa kita, malaikat cakap, dia taknak sbb dia tahu manusia akan cakap dia kejam ttiba nak tarik nyawa walhal itu adalah ajal. allah berkata, malaikat cuma jalan kan tugas nya, dan Allah akan tetap kan penyebab nya. sbb tu la ada sebab2 macam ni, antara nya mati lemas, xcdent, :) Ingat, Ia Terjadi sebagai PENYEBAB :)

    p/s : maaf kalau salah..

    ReplyDelete
  4. hmm. tu lah pasal. ops sikap dah nak mula. harapnya makin kurang lah kemalangan nk dkt raya nanti . anda juga, hati2 bwk pinky blk kmpng :) hehe

    ReplyDelete
  5. tak raya pon ada byk kemalangan kot.. cuma tak dihebohkn jerk d media masa. ekkk

    ReplyDelete
  6. lebih selamat setiap perkara yang kita lakukan tu dimulakan dengan bismillah.. insya allah, allah sentiasa bersama kita :)

    kemudia diakhiri pula dengan alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. hati2 di jalan raya...semua org nak raya ni..semoga raya ni dirayakan dgn riang gembira bukan dgn tangisan.. :)

    ReplyDelete
  8. berubah lah dari sekarang..jgn lupe berdoa supaya tidak terjadi kepada kiter hendaknya...^^amin!

    ReplyDelete
  9. kita kena usaha tuk ubah sikap kita sndri sbb sikap kita yg mnyebabkn sume ni brlaku . so , trpulang pda dri masing2

    ReplyDelete
  10. moga kita dilindungi dr segala bnde yg x diingini :) selamat semuanya. insyaallah

    ReplyDelete
  11. mintak2 dijauhi dr brlaku ape2 ..

    meriah betoi sini!!! sepohhh :D nak tuka lagu raya jugak lah!!

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda....
tq...