] }

Saturday 24 November 2012

maksud tersembunyi bila perempuan bertanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...entry ini sekadar hiburan.....mungkin ini yang tersembunyi dalam hati perempuan bila mereka bertanya pada lelaki :

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? 
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? 

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? 
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! 

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. 
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. 

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. 
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala. 

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... 
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek. 

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. 
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke? 

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla... 
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je. 

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? 
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku. 

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. 
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok. 

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat.. 
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 


#kalau ada maksud tersembunyi lain tolong bagitaw ye...hehe.

11 comments:

  1. haha. mane kau tau ni?

    kalau awek ko tnye, "lawa ke budak tu"
    ko jwb yg benar2 aje. tp mesti diakhiri dgn ayat ni;
    "awak lagi lawa"

    serius. nnti kalau ko xckp cenggitu, awek ko boleh jeles dna sentap. :)

    ReplyDelete
  2. hahhaha....ce share pulak maksud tersembunyi bila lelaki bertanya....hehhe

    ReplyDelete
  3. hahaha terasa okay.. XD tapi ini terjadi sebab perempuan tu mahu menguji lelaki tersebut.. hohoho.. so lelaki hope please be sensitive about this, jgn jadi bendul XD

    ReplyDelete
  4. wahwahwah ..ahhaha ,tapi yeke? harhar

    ReplyDelete
  5. Perempuan memang macam tu, selalu double meaning. malu kot nak jujur atau terus terang. hehe

    ReplyDelete
  6. it's sooo true lah piko oit..hehe :)
    women always being like this woo

    ReplyDelete
  7. heeee... semua tak... hoho... :D

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda....
tq...