] }

Friday 25 March 2011

Aku serik

Aku tertidur dengan memakai seluar jeans dan baju adidasku. Tidurku memang sangat lena di ats katil yang menggunakan 3 tilam. Memang sangat empuk. Memang aku tidak nafikan kalau tidur, mesti aku dapat mimpi. (Jangan Tanya aku mimpi apa). Aku tidur dengan sungguh nyenyak pada malam itu.
ZzZZ….

Kebiasaannya kalau kelas start jam 8.00a.m , aku akan bangun jam 05.50a.m. Tidak awal sangatkan?. Macam biasa, aku kena makan roti dan bersenam dulu sebelum mandi. Sebab itu badan aku tough dan kesihatan aku o.k.

****************

Gila!!!..Aku tersentak bila melihat jam Puma aku menunjukkan jam 06.55a.m..Kawan-kawanku semua tengah bersiap untuk ke kelas. Agak kecewa kerana mereka tidak kejutkan aku. Tayar bas bergolek jam 07.15 a.m. Mataku memandang ke luar tingkap dan melihat hujan yang masih renyai-renyai turun. Suasana sejuk dan dingin memang aku suka. Aku bersiap dengan sepantas kilat sehinnga aku tertinggal senaman pagiku.

Mujur sempat aku naik bas. Aku tahu lecture aku ini memang garang sebab dia pegawai askar. Kalau lambat confirm kena. Kelas aku semuanya dekat tingkat 9 dan 10. Macam biasa, masalah yang tidak pernah setel dari dulu lagi. Lift FULL!!!. Oleh kerana aku yakin aku kuat, aku berlari menggunakan tangga untuk menuju ke kelas ku. Agak laju dan pantas dengan menampung berat buku yang sangat tebal. (calon dekan).  Agak berpeluh bila aku sampai ke tingkat 9.

Aduih..Aku lupa kelas aku dekat mana. Membazir masa betul la. Mati la aku kali ini. Aku bagai rusa masuk kampung. Aku mencari dan akhirnya kelasku berada di hujung tingkat 10.

******************

Aku gagah masuk ke kelas dangan muka yang cool.
Aku : Good morning sir!.
Sir : Morning.
Aku : sorry sir I’m late.
Sir : kamu baru sampai?(tiba-tiba lecture aku cakap melayu)
Aku : yes sir!.(I’m feel stupid when I speak Malay)

Perbualan aku dengan leture aku berakhir dengan aku menerima hukuman.  Tidak perlu aku menceritakan hukuman itu kerana sangat memedihkan. Hukuman itu membuatkan aku serik..
Aku serik!!!.

2 comments:

  1. terjah sini lepas you ping your blog at my home fb :) thanks for add yaaaa :)

    ReplyDelete
  2. mg senam gane pagi2??
    aku nk try gok

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda....
tq...