] }

Wednesday, 16 March 2011

satu cerita

Malam ini aku tidak mahu bersedih sebab aku gembira dan gila. Aku menulis ini pada jam 4.40pg mengikut jam Puma aku. Malam ini aku berjalan menuju ke tempat yang sangat jauh menggunakan sebuah motosikal. orang cakap: jauh perjalanan, luas pemandangan.

Berkat hasil air tongkat ali ais yang aku minum di kedai mamak sangat memberikan aku power yang secukupnya. Aku melepak di sambil melayan channel ESPN yang memaparkan aksi 18sx..WWF Wrestling...hahaha..aksi lucah...Selepas itu, aku meneruskan perjalanan untuk mencari pemandangan yang indah.

100km/h.....120km/h....135km/h.......meter motosikal semakin laju..

tiba-tiba mata ku ternampak bayangan hitam dalam samar-samar cahaya yang kusam. Aku semakin takut.Bulu kakiku sudah naik. Hanya surah yaasin yang terlintas dalam kepala aku. Aku membaca ayat demi ayat. Aku semakin takut kerana bayangan itu semakin hampir dengan ku.

arggggggggggggggggggggggggghhhhh....aku tidak takut lagi

piko : moto ada rosak ke?
unlce ; ada masalah la bang.
piko : umah dekat mana?
uncle : jauh sana..
piko : xpe uncle..saya tolak la.
uncle : jauh sana bang...

Kalau aku ulang dialog itu tdak akan habis sebab uncle berdegil untuk menolak sendiri. Aku menunda moto uncle secara berhemah. Apa yang aku nampak hanya kepenatan pada muka uncle. Uncle takut untuk meneruskan perjalanan menunda kerana dia pernah dirompak dalam keadaan yang sama. Dia percaya padaku sebab dia cakap aku baik.

Aku menunda moto uncle sehingga sampai ke umah dia. Perjalanan yang sangat jauh. Aku hanya mampu berkata "kalau uncle tolak dari tempat tadi memang gila"...jauh gila...Perjalanan kami selamat.
Uncle mengucapkan ribuan terima kasih padaku. Aku hanya mampu bersenyum.

Aku menolak pemberian RM50 uncle sebagai upah. Aku menolak dan terus menolak. Tapi apakan daya, aku paham apa yang uncle rasakan. Akhirnya aku terpaksa aku dengan pemberian itu.

Aku pulang dengan hati yang sangat gembira kerana nilai harga tongkat ali ais RM 2 berubah menjadi RM50..hahah

3 comments:

tinggalkan komen anda....
tq...