“Student kat belakang tue kenapa tido”..suara itu menyirap masuk ke dalam gegendang telingaku. Mimpiku terganggu terdengar suara hantu itu. “Kacau la lecture nie”.”Bagi la peluang dekat aku untuk tidur”. Lecture memang tidak memahami hati student langsung. Mereka harus tabah mengajar student macam aku ini kerana minggu ini aku terpaksa tidur dalam kelas.
Aku pulang ke bilik dengan perasaaan yang sangat hampa kerana tidak dapat tidur yang lena dalam kelas. Sudah semingu juga aku tidak boleh tidur. Mataku hanya mencurahkan air mata menahan kesakitan yang amat pedih. Aku menangung derita dengan hati yang sangat tabah.
********************
Hari ini hari jumaat. Sebagai lelaki muslim aku perlu menunaikan solat jumaat sama seperti minggu yang lain. Aku masih menahan kesakitan. Tiba-tiba darah lelaki memancut keluar. Kepalaku terasa ingin pecah.
Jam 12.30 tengah hari. Aku berharap aku sempat untuk pergi solat jumaat. Aku menuju ke tempat yang jarang aku pergi. Setibanya di sana, aku disambut oleh 2 wanita yang sangat jelita. Dengan serta-merta sakitku berkurang.
********************
Suasana makin gentir….
Kakiku sejuk melangkah ke bilik pembedahan. Aku ditemani 2 wanita yang cantik tadi. Operation bermula dengan suntikan bius. Kepalaku di belai oleh seorang wanita untuk melegakan kesakitan.
Akhirnya setelah hampir sejam aku bertarung nyawa, sakitku akhirnya hilang. Walaupun duitku melayang dengan banyak untuk menampung kos pembedahan, aku sangat bersyukur kerasan selepas ini aku akan mendapat tidur malam yang lena. Aku pulang ke bilik dengan keadaan diriku yang masih lemah. Aku sudah kehilangan banyak darah. Aku perlu tidur untuk mengembalikan tenagaku.
ZzZzZZ……
Aku sakit GIGI la.Gigi aku patah sewaktu aku main rugby dulu..hahahaha....
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda....
tq...