28 march 2011
Aku lewat ke kelas 5 minit je.Ingat lagi lecture aku yang paling garang??..kali ini aku dikenakan hukuman membuat surat tunjuk sebab mengapa lecture tersebut tidak perlu mengambil tindakan terhadapku. Aku mengemukakan tiga alasan di atas surat yang paling rasmi siap ada cop JKK lagi. Aku paling semangat. Surat itu berjaya sampai di bilik nya jam 8.01 pagi semalam.
31 march 2011
Aku tidur tidak lena sebab hari ini kelas dia lagi. Aku melangkah awal ke kelas dan bangga sebab aku awal sedikit dari dia. Gila bila aku katakan surat tunjuk sebab aku menyebabkan aku akan masuk mahkamah tentera minggu depan.Ini kerana aku meniru kata aluan surat kawan aku.Bukan aku seorang tapi kawan-kawan aku pun kena juga.
Mahkamah ini di bawah akta angkatan tentera malaysia dan diadili oleh kawan-kawan kelas aku. Hakim adalah mereka semua. Hanya lecture aku yang garang itu menjadi ketua hakim dan akan menjatuhkan hukuman kepada kami.
moral : jgn meniru walaupun sepatah perkataan pun.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda....
tq...