“Piko.esok ad reunion.kol 11 pg kt P.B.Burok. Marsha wat,” petikan dari sistem pesanan ringkas (sms) yang aku terima dari seorang kawan. Aku pendekkan cerita sebab aku sudah lama tidak berjumpa dengan mereka semua, almaklumlah semua cerdik pandai. Aku excited untuk pergi ke sana kerna ex cinta monyet aku juga turut serta dalam majlis yang aku panggil Reunion Batch, namanya Masha.
Keesokkan harinya…
Aku bangkit dari katil ku tepat jam 10 pagi dengan penuh semangat untuk berjumpa dengan Masha. Demi Marsha aku sanggup mendahului pagi ku dengan mengelap Pinky ku dari segala kekotoran. Setelah selesai membersihkan Pinky, aku menyiapkan diriku dengan sehensem yang boleh.
Perjalanan dari teratakku mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke venue yang telah ditetapkan. Aku sampai ke sana agak lewat, tepat jam 1130 pagi. Aku mencari kawan-kawanku dengan menghantar sms dan menelefon mereka. Agak kecewa dan terluka bila tiada satu pun response yang aku dapat.
Bak menunggu bulan jatuh ke riba. Aku menghiburkan diriku dengan mencuci mata bersama pinky. Tanpa ku sedari azan zohor berkumandang dengan merdunya. “Aku termasuk dalam rancangan Bang Bang Boom ke?, ” bisik hatiku.
Demi Marsha aku menunggu sehingga azan selesai. Tiba-tiba, aku dilambai oleh seorang awek di dalam sebuah kereta BMW. Aku sangat mengenali wajah tersebut, Masha. Dia datang bersama rakan-rakanku yang lain. Sebuah BMW dan Myvi parking di depan pinky. Menggigil kakiku bila Masha datang kepadaku. Tanpa segan silu dia menyapaku dengan 3 patah perkataan, “ Dah lama sampai?”.
Aku membalas dengan meninggalkan Marsha bersama rakan-rakanku yang lain. Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang aku luahkan dalam hatiku. Aku tidak akan percaya pada Marsha sampai bila-bila!!!.
p/s : 1.aku tidak akan percaya pada janji Marsha.
2. tolong minta maaf selepas melakukan kesalahan.
No comments:
Post a Comment
tinggalkan komen anda....
tq...