] }

Friday, 8 April 2011

mimpi yang nyata

8 April 2011. Hari ini aku terasa sangat tension berada di dalam hostel dan aku tetap ingin keluar bersama basikal aku. Alang-alang esok ada kerja yang perlu di bereskan di luar, aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah kawanku yang perjalanan berkayuh selama 40 minit dari hostel ku.

Kayuhan aku bermula dengan kayuhan 20 km/h. Semakin laju 40km/h. Kayuhan maintain sebab kaki ku yang tidak lagi sembuh dari kecederaan yang lama. Aku juga rindu akan pinky ku yang sudah lama tidak 'berasmara' dengannya. Hari ini juga aku akan membawa pinky untuk di service. Selama 40 minit aku mengingat kenangan indah ku selama aku hidup bersama pinky.

Tempat yang di tuju selamat tiba. Aku berlari untuk memeluk pinky yang tersayang. Kurang ajaq!!!..Pinky digari bersama si hijau yang sangat hensem(vespa). Mimpi aku minggu lepas menjadi kenyataan kerana moto aku tidak mempunyai sticker apartment yang baru. Duit aku pasti melayang untuk mengikat jamin pinky. Aku bersemuka bersama 'polis' dan akhir nya aku mendapat diskaun untuk melepaskan pinky dan si hijau. RM20 tidak menjadi masalah buatku sebab aku sayang pinky.

Aku bercumbu bersama pinky sepuas-puasnya. Aku membawa pinky lari jauh dari red zone tersebut dan kini pinky bersama aku.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda....
tq...