] }

Friday, 22 April 2011

Lapar

Baru pagi tadi aku makan roti canai dengan teh tarik.
Sejam kemudian aku lapar lagi.

Aku menuggu bila perut aku tidak lapar selepas sejam makan.
Kalau benda ini jadi.
Aku mahu terjun dari Pavilion.

Wednesday, 20 April 2011

Lemah

Aku lemah bila melihat air mata seorang wanita.
Terutama bila melihat titisan air itu datangnya dari mata seorang ibu.

Aku lemah bila melihat ketabahan seorang lelaki.
Terutama bila melihat ketabahan seorang ayah.

Aku lemah.........
bila aku memahami erti sebuah kasih sayang.

Tuesday, 19 April 2011

Kene Peluk

Satu kelemahan diriku bila aku ingin tidur ialah aku  memerlukan sesuatu untuk dipeluk. Agak sukar untukku lena jika aku tidak peluk sesuatu. Jika tiada bantal lebih untuk dipeluk, ini adalah barang yang menjadi pengganti :

1. Beg kelas
2. Selimut
3. Gitar
4. Baju yang telah digumpal-gumpal
5. Besi penghadang katil
6. Patung Garfield kakak aku punyer

Ini yang aku ingat. Aku menunngu isteriku untuk aku peluknya sampai aku lena.hahaha

Saturday, 16 April 2011

aku gaya

hari ini aku akan bergaya dengan baju no 1. Mesti pelik bila baju ada no kan?. Jangan tanya ini baju apa sebab aku memang suka bergaya dengan baju ini. Ramai awek-awek akan tergigit jari bila melihat lelaki memakai baju ini. Aku terpaksa bangun awal untuk mengelakkan awek-awek tidak menunggu- nunggu kedatangan aku. Tepat jam 0500 a.m..Aku bangun dengan sendirinya. Macam biasa rutin harian ku ialah bersenam. Satu  tips untuk menjaga kesihatan.

Persiapan...

Perutku sangat lapar dan aku mencari makanan di dalam loker aku. Hanya sebungkus maggie yang tinggal. Aku bersyukur masih deberi peluang untuk makan di pagi hari. Maggie tidak cukup sebab aku akan berkongsi dengan 3 orang rakan ku yang akan sama-sama bergaya dengan baju no 1. Aku mengisi perutku dengan sebiji telur separuh masak. Sudah cukup untuk ku bertahan sampai majlis makan beradab bermula. Setelah semua persiapan diri selesai, aku turun untuk berbaris jam 0645a.m. Awal x?

Majlis perbarisan bermula dengan jayanya. Aku segak, lagak dan bergaya bersama baju no 1. Aku tidak berpuas hati kerana gambar aku di dalam kamera aku sedikit berbanding gambar rakan-rakan yang lain. Assistant aku tidak menjalankan tugas dengan baik.haha.

Akhirnya, bila aku pose depan kamera inilah jadi nya. Bersiap sedia untuk beraksi bersama basikal.


Friday, 8 April 2011

mimpi yang nyata

8 April 2011. Hari ini aku terasa sangat tension berada di dalam hostel dan aku tetap ingin keluar bersama basikal aku. Alang-alang esok ada kerja yang perlu di bereskan di luar, aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah kawanku yang perjalanan berkayuh selama 40 minit dari hostel ku.

Kayuhan aku bermula dengan kayuhan 20 km/h. Semakin laju 40km/h. Kayuhan maintain sebab kaki ku yang tidak lagi sembuh dari kecederaan yang lama. Aku juga rindu akan pinky ku yang sudah lama tidak 'berasmara' dengannya. Hari ini juga aku akan membawa pinky untuk di service. Selama 40 minit aku mengingat kenangan indah ku selama aku hidup bersama pinky.

Tempat yang di tuju selamat tiba. Aku berlari untuk memeluk pinky yang tersayang. Kurang ajaq!!!..Pinky digari bersama si hijau yang sangat hensem(vespa). Mimpi aku minggu lepas menjadi kenyataan kerana moto aku tidak mempunyai sticker apartment yang baru. Duit aku pasti melayang untuk mengikat jamin pinky. Aku bersemuka bersama 'polis' dan akhir nya aku mendapat diskaun untuk melepaskan pinky dan si hijau. RM20 tidak menjadi masalah buatku sebab aku sayang pinky.

Aku bercumbu bersama pinky sepuas-puasnya. Aku membawa pinky lari jauh dari red zone tersebut dan kini pinky bersama aku.

Saturday, 2 April 2011

Kedai mat salleh

Peristiwa di Perak.

Selepas perut aku menahan lapar dari pagi, aku terasa sangat terharu sampai mahu menangis bila aku dapat singgah di sebuah restoran. Aku menahan lapar sebab hari ini ada game rugby di unikL di Perak. Trak 3tan sempat lagi drift di depan restoran tersebut. Mata aku melilau mencari nasi berlauk. Aduih..semua western. Aku tidak suka masakan barat ini.

Kami semua terpaksa masuk ke kedai yang agak mewah itu sebab perut sedang bergendang dengan agak kuat selepas penat bermain. Aku melihat menu dan harga. Aku benci Inglish menu. Aku mencari harga yang paling murah. Makanan yang paling murah iaitu nasi bujang (nasi + telur dada +sup). Mata aku masih mencari harga yang paling murah. RM4.50. HOMETOWN FRIED RICE. Aku terpikir 1 benda. Kedai ini mat salleh je ke yang datang makan???...Mat salleh datang Malaysia pun sibuk mahu speaking in MALAY.

Aku tanpa segan silu meminta menu tersebut dengan speaking ala-ala mat salleh. I'm feel stupid when i speak in  Malay. Rasa tamak ada dalam perut aku. Aku meminta telur dada. Mujor akak itu memberitahu aku bahawa telur akan di gabungkan 4. Gila!!!....2 cukup la..Telur aku sudah cukup la. Terpaksa cancel untuk makan telur dada.

Setengah jam aku menungu. Kedengaran lagu maher zain di dalam perut aku. Kaki ku juga turut menari mengikut rentak muzik. Akhirnya, menu sudah sampai . Aku mencari nasi aku. Akak menghulurkan sepinggan nasi yang sangat banyak. NASIK GORENG KAMPUNG rupanya!!!!...penat aku speaking tadi.

Aku mulakan suapan HOMETOWN FRIED RICE aku dengan kalimah bismillah..