] }

Monday, 19 December 2011

cuba-cuba la

Banyak perkara yang boleh kita lakukan bila bekalan elektrik terputus. Masa tue korang jangan cari torchlight sebab itu semua tidak penting. Ada perkara yang lebih penting dan seronok kita lakukan seperti :
     

1. Boleh menukarkan pakaian tanpa menggunakan tuala dan berbogel dengan senang-lenang.
2. Korek hidung anda sepuas-puasnya kerna tiada siapa yang nampak.
3. Tidak perlu bersusah payah makan di dalam loker sebaliknya boleh makan di mana sahaja makanan faveret     korang.

Itu sahaja sempat aku update sebab time nie pak guard halau ak dari tempat untuk on9..

Tuesday, 8 November 2011

raye ke-21

Tahun ini aku beraya di Nogori Sombilan. Sudah 2 tahun aku tak beraya di rumah nenek kawan ku yang bernama Bunyamin. Perjalanan dari KTM Serdang menuju ke KTM Soromban mengambil masa lebih kurang 50 minit. Agak kepenatan kerna penumpang KTM sangat ramai disebabkan semua mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. "tak dapat eden nak duduknyo"..

"Gunalah kenderaan awam untuk mengelakkan kemalangan",..slogan yang biasa kita dengar. Perjalan dari Stesen Bas Seremban menuju ke teratak nenek mengambil masa 1jam dengan menaiki bas.

sejam kemudian...

Kami disambut meriah dengan percikan bunga api oleh saudara-mara yang telah berada di sana. Sungguh terharu dengan kemeriahan yang diberikan. Aku sugguh terkejut dengan perubahan rumah nenek. Dulu lain, sekarang lain. Macam istana nogori. Kami berehat setelah merempuhi hari-hari yang sangat penat di universiti.

Aku menyiapkan baju melayu ku untuk dipakai pada keesokan hari. Aku kangan bangat sama takbir raya. Setelah selesai semua persiapan diri, pelayaran ke dunia khayalan bermula.

zZzZZzZzZZzZZzzzzzzzzzzzzzz......

1000a.m.....a.l.a.m.a.k!!!

Aku dengan pantas bangun dan mengejutkan Bunyamin. Sungguh liat untuk mengejutkan manusia ini. Aku keluar dari bilik dan kelihatan saudara Bunyamin yang berumur 8 tahun lengkap berpakaian baju melayu berada di hadapan tv. Dia menegur ku dengan berkata, "surau da abis semayang pun".

*Bukan salah aku tidak pergi takbir raya di surau, salah mereka yang tak kejutkan aku....hahahaha....