] }

Tuesday, 8 November 2011

raye ke-21

Tahun ini aku beraya di Nogori Sombilan. Sudah 2 tahun aku tak beraya di rumah nenek kawan ku yang bernama Bunyamin. Perjalanan dari KTM Serdang menuju ke KTM Soromban mengambil masa lebih kurang 50 minit. Agak kepenatan kerna penumpang KTM sangat ramai disebabkan semua mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. "tak dapat eden nak duduknyo"..

"Gunalah kenderaan awam untuk mengelakkan kemalangan",..slogan yang biasa kita dengar. Perjalan dari Stesen Bas Seremban menuju ke teratak nenek mengambil masa 1jam dengan menaiki bas.

sejam kemudian...

Kami disambut meriah dengan percikan bunga api oleh saudara-mara yang telah berada di sana. Sungguh terharu dengan kemeriahan yang diberikan. Aku sugguh terkejut dengan perubahan rumah nenek. Dulu lain, sekarang lain. Macam istana nogori. Kami berehat setelah merempuhi hari-hari yang sangat penat di universiti.

Aku menyiapkan baju melayu ku untuk dipakai pada keesokan hari. Aku kangan bangat sama takbir raya. Setelah selesai semua persiapan diri, pelayaran ke dunia khayalan bermula.

zZzZZzZzZZzZZzzzzzzzzzzzzzz......

1000a.m.....a.l.a.m.a.k!!!

Aku dengan pantas bangun dan mengejutkan Bunyamin. Sungguh liat untuk mengejutkan manusia ini. Aku keluar dari bilik dan kelihatan saudara Bunyamin yang berumur 8 tahun lengkap berpakaian baju melayu berada di hadapan tv. Dia menegur ku dengan berkata, "surau da abis semayang pun".

*Bukan salah aku tidak pergi takbir raya di surau, salah mereka yang tak kejutkan aku....hahahaha....

Friday, 30 September 2011

kisah hari raya 2011

*agak panjang penulisan kali ini.
                                                                               
Tahun ini gua beraye sakan sebab dapat cuti yang agak lame. 1 hari 1 daerah. Gua pendekkan penulisan gua ini dengan program yang telah lame gua plan bersama rakan-rakan sekolah ku. Raye ke -5, gua telah pergi beraye di rumah Shapik. Agak tension bila plan untuk beraye sakan tersangkut bila Shapik yang tidak pernah menepati masa. Janji jam 1000 a.m tapi dia siap jam 1200a.m!. Mujor bulan baik, kalau tidak sudah lame gua sunatkan dia untuk kali ke-2.

Perjalanan di teruskan dengan menaiki kereta bersama 2 jejaka, Syukri dan Shapik dengan menaiki sebuah kereta mini cooper  di daerah Marang dan Dungun…

Setibanya di rumah Mamat, soalan yang pertama gua cari ialah nasi. Kami sampai jam 1330p.m. Memang waktu untuk makan tengah hari. Agak kecewa bila nasi tidak ada di rumah Mamat. Mak Mamat menyuruh kami menunggu sekejap kerna mee goreng akan dihidangkan. Alhamdulillah yang terkeluar dari mulut gua.Sepertimana yang kita tahu, kalau kita bersyukur Allah akan menambahkan nikmat tersebut.

Kami bertiga melahap mee goreng  yang cukup enak dan pedas. Terkejut gua bila melihat mee goreng tadi licin kami habiskan. Lapor sangat perut kami!. Makan sudah, rehat pun sudah. Walaupun umur kami baru 21, kami masih memerlukan duit raya untuk menampung perbelanjaan sebagai seorang remaja. Sekali lagi Alhamdulillah bila mak Mamat menghulurkan ang pau. Tidak sia-sia gua beraya jauh-jauh.

Destinasi seterusnya ialah di daerah Dungun. Daerah yang paling banyak students dari sekolah gua. Awal-awal lagi gua sudah menghantar system pesanan ringkat (sms) kepada Supian yang rumahnya akan menjadi persinggahan pertama kami. Setibanya di teratak Supian, agak terkejut bila kami dihidangkan dengan nasi ayam dan mee goreng. Kalau tak makan, nanti tuan rumah cakap tak sopan lak. Tapi bila kami makan, 2 3 kali ayam kena tambah sebab tak cukup. Di rumah Supian, kami ditemani oleh rakan-rakan yang lain. Hanya ucapan terima kasih yang dapat kami balas kepada keluarga Supian.

Sahabat yang sudah lama tidak bersua jangan dilupakan. Hadi yang masih melanjutkan pelajaran di India pulang ke tanah air pada raya kali ini. Gua dan rakan-rakan menjadi skuad terjah je bila time raya. Kunjungan ke rumah Hadi disambut baik oleh nya.
Dialog ringkas :

Rahimi : Hadi, ko da boleh ambil duit warna hijau nie. Cukup untuk 8 orang.
Piko : Warna hijau tak cukup la Hadi, bagi la yang merah..hahaha.
Hadi : hahahaha.


Agak lama kami melepak di rumah Hadi kerna hanya dia yang berada di rumah.  Duit raye mane?!. Tiba-tiba dia menghulurkan rm100 kepada gua supaya dibahagikan sama rata. Alhamdulillah misi untuk mendapatkan duit sudah tercapai. Dengan adanya rm100, sudah cukup untuk gua dan rakan-rakan bermain futsal.

pengajaran : sentiasalah bersyukur dengan sesuatu perkara.