] }

Wednesday, 29 June 2011

Sepetang di Kuala Lumpur

Hari ini aku akan bertemu dengan seorang kenalanku yang manis dilihat oleh pandangan mata (memang cun!). Pertemuan dijanjikan selepas solat zohor di sebuah shopping complex di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Aku akan menaiki KTM dari stesen Putra selepas membeli tiket untuk pulang ke kampung halamanku esok. 

Aku ringkaskan penulisan cerita bila aku cakap aku tersalah mengambil laluan untuk menuju ke tempat itu. Jam yang aku rembat di rumah kawanku menunjukkan 1405 p.m. Masih awal lagi dan aku tidak perlu gelocoh untuk berjumpa dengan kawan aku yang cun itu. Oleh kerana aku tersilap mengambil train, aku terpaksa menunggu train yang seterusnya. 

Aku melakukan perkara yang sama macam lelaki lain buat semasa menunggu train. Cuci mata!. Tiba-tiba mata aku terkejut bila melihat board yang menunjukkan masa train tiba.

2109p.m. 

"Kurang ajor!. Teknologi je canggih tapi tak berguna!", aku menyumpah seranah seorang diri. Agak gila kalau 7 jam aku terpaksa menunggu. Mujur kawan aku cun.hehe. Aku sanggup menunggu untuk bertemu dengannya. Penantian aku tidak sia-sia dan train tiba dengan laju nya di depan mataku. 

Aku pendekkan cerita ku. Aku disambut dengan senyuman yang manis oleh kawanku. Lemah longlai aku melihat senyuman si dia. 

"I nak semayang dulu nie" kata Marsha (bukan nama sebenar) kepada ku.

Peluang aku untuk melihat ragam manusia pun bermula. Pelbagai fesyen yang dapat aku lihat pada tahun ini. Semuanya mahu berfesyen macam model. Tiba-tiba seorang perempuan lalu di depanku dan tanpa segan silu membla bra dengan slambernya

Tidak senonoh!.Tapi rezeki bagiku.hehe. Aku meneruskan saat bahagiaku bersama Marsha sepanjang hari di pusat beli-belah di kota raya Kuala Lumpur. 

p/s : jangan bla bra depanku.






Monday, 20 June 2011

Ejen 007

Hari  ini aku ditugaskan untuk menyertai satu misi yang tidak diketahui tujuannya. Aku hanya mengikuti  dua orang ejen lain yang lebih profesional dariku. Seorang lelaki dan seorang cewek. Cukuplah ku katakan muka cewek itu macam Angjelina Jolie. Bibir besar dan seksi. Aku pangil dia Alyah (bukan nama sebenar). Kalau sebut seksi mesti lelaki suka kan?. Tepuk dada jawab sendiri.

******************

Kami bertiga berehat seketika sambil menikmati makanan yang sungguh lazat dan banyak. Macam biasa, aku melahap macam aku makan masakan emak aku. Masakan emak sangat sedap dan tiada tandingannya.  Tiba-tiba muncul segerombolan makhluk yang aku tidak ketahui dari mana datangnya. Haram. Muka hodoh macam penyangak. Kalau tengok memang tiada “nur” langsung. 

Kami bertiga hanya berdiam dan Alyah mengatakan yang aku tidak perlu menggunakan kekerasan.  @$#$^%&^%&*^&(.)(.) suara yang keluar dari mulut makhluk hodoh tadi. Aku makin pening. Aku hanya membalas dengan berkata “eat” sebanyak 3 kali. Mujur mereka paham. Amin. Sungguh gelocoh mereka makan.

******************
Aku dan kawan aku terpaksa meneruskan perjalanan kerna ada misi yang perlu diselesaikan. Alyah tidak dapat mengikuti kami kerana  terpaksa beredar ke tempat lain. Aku menggunakan kepakaranku untuk memasang skyboard yang dilengkapi turbo. Aku dan rakanku meninggalkan Alyah bersama makhluk hodoh tadi.
Aku diajar beberapa teknik dalam pertarungan sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang aku tidak ketahui.

Tiba-tiba, Kring……kring….kring……

‘Aduih.Kacau je la phone nie’. Alarm  handphone aku berbunyi. Misi aku tidak dapat diteruskan dan aku terpaksa meninggalkam dunia hayalan dan meneruskan dunia yang nyata.


Kawen 4

Salleh (bukan nama sebenar) ingin membina sebuah lagi masjid. Oleh kerana Salleh seorang yang kaya dan ada segala-galanya, beliau telah berkahwin dengan 3 orang yang sangat dicintainya. Hari ini beliau ingin meminta persetujuan dari semua isterinya mengenai hajatnya yang sangat besar.

Isteri pertama dan isteri kedua mengizinkan Salleh kerna bimbang akan diceraikan. Isteri ketiga merupakan seorang isteri yang masih muda dan masih memerlukan nafkah batin yang secukupnya.  Salleh memulakan perbualan dengan isteri ketiganya.

‘Kenapa Ayu tak izinkan abang untuk berkahwin lagi satu?’ kata Salleh.

‘Ayu bukan tak izinkan abang. Tapi abang kena faham’.  Ayu membalas dan berdiam seketika.

‘Faham apa Ayu?’.menggaru kepala sambil menanti  jawapan Ayu.

‘Kotel abang dah lembek’. Ayu memberikan jawapan yang membuatkan Salleh berfikir panjang.

Wednesday, 1 June 2011

jujor

Ikhlas aku katakan yang aku benci perempuan itu.
Tapi sayang aku terhadap dia tidak akan hilang.
Aku cuba dengan sedaya upaya aku kerna 
aku benci dia.

dah...aku benci dia sampai gapan pun.
Terima kasih ALLAH kerna masih memberi 
aku ruang untuk meneruskan hidup aku
sebagai khalifah-MU!..