] }

Wednesday, 25 May 2011

hati tak sedap part 2

Patut la hati gua tak sedap.
Hari ini gua kena tahan dengan polis.
Gua tanya "kenapa buat roadblock?".
Dia jawab "saje je nak check moto".

"adik, lesen adik dah tamat tempoh hari nie.Nanti adik p sambung k"
kata mak polisi kat gua.

Patut la hati gua tak sedap.
Duit melayang sambung lesen!.

hati tak sedap

Dari pagi semalam hati gua tak sedap.
Subuh dah bangun awal tapi hati tetap tak sedap.
Gua tak fikir apa-apa pun.
Gua cuba menyedapkan hati gua dengan lagu-lagu.tapi
hati gua tetap tak sedap.

Dah gua nak stop dulu kerna
kalau panjang-panjang mesti gua tulis benda sama je.
Hati gua memang tak sedap sampai ke hari ini.

Monday, 23 May 2011

sesat

"Perjalanan kita tak la jauh sangat". "Aku harap korang semua sabar ye". "Jaga mental kamu semua". Jangan paksa sangat, kalau tak larat stop je".

Antara perkataan yang keluar dari bibir aku. Aku paham apa yang mereka rasa. Mereka lemah tapi aku bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka sebagai kaum Hawa. Aku hanya memerhati dan berdoa agar mereka kuat macam aku. Terdetik di hatiku melihat wajah mereka semua.

mereka : Macam mana?.jauh lagi tak?
aku : Tak. Da dekat je nie.

Aku terpaksa menipu untuk menjaga hati mereka. Hanya kepenatan yang terpampang diwajah mereka. Aku dapat merasakan perjalanan aku makin jauh. Aku akan berusaha untuk mencari jalan keluar. Hanya air yang dipenuhi dengan berudu menjadi penghilang dahaga aku. Aku terlupa untuk membawa bekalan air. Tenaga yang ALLAH kurniakan kepada ku semakin kuat. Aku melangkah laju dengan berlari. Berlari dan terus berlari mencari jalan keluar.

Ada kalanya aku terasa diriku ingin rebah ke bumi. Wajah mereka membuatkan aku dipenuhi dengan tenaga.
Hanya Tuhan yang mengerti.

"kita terpaksa berpatah balik sebab sudah tersasar jauh".

Aku akan membawa mereka pulang dengan perjalanan yang sangat jauh. Aku hanya mampu untuk memohon maaf di atas kesesatan yang telah aku lakukan.  

cinta

Aku masih lagi mencari dan terus mencari
apa yang dimaksudkan dengan CINTA.
Kalau dapat couple terus dapat CINTA ke?
bukan ke CINTA itu datangnya dari hati?

ada orang cakap CINTA pandang pertama itu kekal.
Betul ke?
aku tidak percaya kerna aku tidak pernah laluinya.

CINTA selalu dikaitkan dengan sumpah setia.
"sumpah saya CINTA awak".
betul ke?.

semakin lama aku masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan
CINTA pada kekasih.
kerna aku lihat, aku alami dan aku rasa semuanya.
aku benci!!!

Aku yakin hanya satu CINTA yang akan kekal dan
 aku percaya sampai bila-bila.
"CINTA PADA ILLAHI"...

hatiku

aku tulis apa yang aku rasa.
aku rasa benda itu boleh tenangkan
hatiku.

aku tulis apa yang aku pernah lalui.
kisah duka aku tidak peduli kerna
diriku tidak sempurna.

aku tulis apa yang aku inginkan.
banyak benda yang aku inginkan.tapi
aku tidak mampu untuk mengapainya.

Wednesday, 11 May 2011

Aku Tak Marah Lirik

Kalau cinta katakanlah
Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu 
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah

Saturday, 7 May 2011

Buntu

Aku buntu bila mencintai kamu,
tapi lagi buntu melarikan diri dari kamu.

Aku buntu memikirkan rahsia hidupku.
tapi..ingatlah.
buntu itu akan hilang suatu hati nanti
kerna aku sangat sayang akan kamu.

Thursday, 5 May 2011

Letih

letih.lemah.
bila memikirkan cinta.

Terima kasih Tuhan.
sebab telah menutup pintu hatiku
untuk menyintai perempuan untuk seketika.

Perempuan Lucah

Petang itu suasana sangat hening selepas hujan membasahi bumi.
Aku ingin keluar untuk mengambil sedikit ketenangan.
Sungguh tenang otakku menghirup udara yang begitu segar.
Aku meghela nafas panjang.

Mataku terbeliak melihat aksi lucah seorang perempuan.
Tempat public pun boleh dilakukan tanpa segan silu.
Aku memerhati dengan penuh kusyuk.
Aku terpaksa tengok untuk menghangatkan lagi penulisan blog aku ini.

Kau usap badan badannya dengan penuh ghairah.
Kau belai.Kau peluk. Kau cium.
Suasana semakin hangat bila kau menunggang di atas nya dengan penuh cermat.
Kau rangkul badan dia dengan satu pelukan yang amat aku mimpikan.
Kau makin gelojoh.
Kau belayar ke bahagian bawah. Badan dia menjadi habuan nafsu kau.
Tidak perlu aku lanjutkan aksi lucah ini kerana tidak sesuai untuk minda pembaca.
Hanya mata aku yang menjadi saksi perbuatan terkutuk perempuan itu.

Kau penat sebab hanya kau yang bekerja.
Aku mengucap panjang kerana aku tahu kau minat akan motosikal baru itu.
Tapi. Kenapa Kau mencuba dengan penuh ghairah?..hahaha.

Sunday, 1 May 2011

tiada buah fikiran

Aku tiada idea untuk menulis apa.
Walaupun ku tahu, aku banyak cerita ingin dikongsi.
tapi.
bila aku tidak tahu di mana permulaannya.
Inilah yang aku tulis.