] }

Thursday 31 March 2011

hukum gantung

28 march 2011


Aku lewat ke kelas 5 minit je.Ingat lagi lecture aku yang paling garang??..kali ini aku dikenakan hukuman membuat surat tunjuk sebab mengapa lecture tersebut tidak perlu mengambil tindakan terhadapku. Aku mengemukakan tiga alasan di atas surat yang paling rasmi siap ada cop JKK lagi. Aku paling semangat. Surat itu berjaya sampai di bilik nya jam 8.01 pagi semalam.

31 march 2011


Aku tidur tidak lena sebab hari ini kelas dia lagi. Aku melangkah awal ke kelas dan bangga sebab aku awal sedikit dari dia. Gila bila aku katakan surat tunjuk sebab aku menyebabkan aku akan masuk mahkamah tentera minggu depan.Ini kerana aku meniru kata aluan surat kawan aku.Bukan aku seorang tapi kawan-kawan aku pun kena juga.

Mahkamah ini di bawah akta angkatan tentera malaysia dan diadili oleh kawan-kawan kelas aku. Hakim adalah mereka semua. Hanya lecture aku yang garang itu menjadi ketua hakim dan akan menjatuhkan hukuman kepada kami.

moral : jgn meniru walaupun sepatah perkataan pun.

Sunday 27 March 2011

Melayu

Hari ini aku ad game rugby di UKM Bangi. Aku bangun dengan awal sebab game pertama aku jam 10 pagi. Malam tadi pula aku bersama kawan-kawan basikal sampai ke lewat pagi. Aku tidur dalam keletihan di atas katil busuk aku.

Aku bangun dengan keadaan tergesa-gesa sebab aku perlu mengambil junior aku di stesen LRT. Dunia sudah terbalik. Sepatutnya dia yang mengambil aku. Agak kurang ajar. Macam biasa, aku akan pergi bersama pinky aku. Langkah pertama sebelum gerak, check minyak dulu. "ok cun. Minyak sempat lagi nak g stesen minyak".

Aku menuju ke tempat yang diinginkan bersama pinky aku. Aku dilamun cinta bersama pinky. Tiba-tiba pinky mati di tengah-tengah jalan. Aduih. Aku melihat tangku minyak yang sudah kering. Siapa suruh pakai moto cc besar lagi?.Aku meminta tolong dari seorang pak cik melayu untuk meminjam moto nya. Tapi, apakan daya ku pak cik itu menipu aku dan mengatakan yang dia tiada moto.Aku nampak moto bersepah tepi jalan!!!!..(pak cik pekerja DBKL).

Pinky aku masih tersadai di tepi jalan. Aku tersadai di bawah rimbunan pokok. Game akan bermula tidak lama lagi. Aku hanya mampu berdoa walaupun dalam hatiku hanya mengutuk pak cik tadi. Aku tersadai dengan pinky selama sejam. Tiba-tiba pak cik itu datang kembali kepadaku. Maybe dia mendengar keluhan hatiku. Dia membawa ku ke stesen minyak dan akhir nya pinky aku berjaya di hidupkan. 

Hatiku masih memikirkan situasi di mana pada mula nya. MELAYU TIDAK INGIN MENOLONG MELAYU!!!..

Aku meneruskan perjalanan ku ke padang rugby di UKM Bangi dengan pinky dan juniorku yang agak kurang ajar..

Friday 25 March 2011

Aku serik

Aku tertidur dengan memakai seluar jeans dan baju adidasku. Tidurku memang sangat lena di ats katil yang menggunakan 3 tilam. Memang sangat empuk. Memang aku tidak nafikan kalau tidur, mesti aku dapat mimpi. (Jangan Tanya aku mimpi apa). Aku tidur dengan sungguh nyenyak pada malam itu.
ZzZZ….

Kebiasaannya kalau kelas start jam 8.00a.m , aku akan bangun jam 05.50a.m. Tidak awal sangatkan?. Macam biasa, aku kena makan roti dan bersenam dulu sebelum mandi. Sebab itu badan aku tough dan kesihatan aku o.k.

****************

Gila!!!..Aku tersentak bila melihat jam Puma aku menunjukkan jam 06.55a.m..Kawan-kawanku semua tengah bersiap untuk ke kelas. Agak kecewa kerana mereka tidak kejutkan aku. Tayar bas bergolek jam 07.15 a.m. Mataku memandang ke luar tingkap dan melihat hujan yang masih renyai-renyai turun. Suasana sejuk dan dingin memang aku suka. Aku bersiap dengan sepantas kilat sehinnga aku tertinggal senaman pagiku.

Mujur sempat aku naik bas. Aku tahu lecture aku ini memang garang sebab dia pegawai askar. Kalau lambat confirm kena. Kelas aku semuanya dekat tingkat 9 dan 10. Macam biasa, masalah yang tidak pernah setel dari dulu lagi. Lift FULL!!!. Oleh kerana aku yakin aku kuat, aku berlari menggunakan tangga untuk menuju ke kelas ku. Agak laju dan pantas dengan menampung berat buku yang sangat tebal. (calon dekan).  Agak berpeluh bila aku sampai ke tingkat 9.

Aduih..Aku lupa kelas aku dekat mana. Membazir masa betul la. Mati la aku kali ini. Aku bagai rusa masuk kampung. Aku mencari dan akhirnya kelasku berada di hujung tingkat 10.

******************

Aku gagah masuk ke kelas dangan muka yang cool.
Aku : Good morning sir!.
Sir : Morning.
Aku : sorry sir I’m late.
Sir : kamu baru sampai?(tiba-tiba lecture aku cakap melayu)
Aku : yes sir!.(I’m feel stupid when I speak Malay)

Perbualan aku dengan leture aku berakhir dengan aku menerima hukuman.  Tidak perlu aku menceritakan hukuman itu kerana sangat memedihkan. Hukuman itu membuatkan aku serik..
Aku serik!!!.

Tuesday 22 March 2011

Jumaat itu

“Student kat belakang tue kenapa tido”..suara itu menyirap masuk ke dalam gegendang telingaku. Mimpiku terganggu terdengar suara hantu itu. “Kacau la lecture nie”.”Bagi la peluang dekat aku untuk tidur”. Lecture memang tidak memahami hati student langsung. Mereka harus tabah mengajar student macam aku ini kerana minggu ini aku terpaksa tidur dalam kelas.

Aku pulang ke bilik dengan perasaaan yang sangat hampa kerana tidak dapat tidur yang lena dalam kelas. Sudah semingu juga aku tidak boleh tidur. Mataku hanya mencurahkan air mata menahan kesakitan yang amat pedih. Aku menangung derita dengan hati yang  sangat tabah.

********************
Hari ini hari jumaat. Sebagai lelaki muslim aku perlu menunaikan solat jumaat sama seperti minggu yang lain. Aku masih menahan kesakitan. Tiba-tiba darah lelaki memancut keluar. Kepalaku terasa ingin pecah.
Jam 12.30 tengah hari. Aku berharap aku sempat untuk pergi solat jumaat. Aku menuju ke tempat yang jarang aku pergi. Setibanya di sana, aku disambut oleh 2 wanita yang sangat jelita. Dengan serta-merta sakitku berkurang.

********************

Suasana makin gentir….

Kakiku sejuk melangkah ke bilik pembedahan. Aku ditemani 2 wanita yang cantik tadi. Operation bermula dengan suntikan bius. Kepalaku di belai oleh seorang wanita untuk melegakan kesakitan.
Akhirnya setelah hampir  sejam aku bertarung nyawa, sakitku akhirnya hilang. Walaupun duitku melayang dengan banyak untuk menampung kos pembedahan, aku sangat bersyukur kerasan selepas ini aku akan mendapat tidur malam yang lena. Aku pulang ke bilik dengan keadaan diriku yang masih lemah. Aku sudah kehilangan banyak darah. Aku perlu tidur untuk mengembalikan tenagaku.

ZzZzZZ……

Aku sakit GIGI la.Gigi aku patah sewaktu aku main rugby dulu..hahahaha....

Monday 21 March 2011

ingin terbang

kalau aku boleh terbang sekarang ini, aku akan cuba setelkan semua ini :

1. Makan nasik dekat rumah aku di kampung.
2. Singgah makan di kedai setiap negeri di Malaysia.
3. Pergi jumpe Siti Nurhaliza.
4. Singgah di puncak gunung Kinabalu.
5. Hantar family aku ke Makkah.
6. Try kencing di Bulan.
7. Berbaring di kutub utara dengan penguin.

tapi..itu hanyalah khayalan...cuba buang perkataan KALAU...mesti sakit hati kan...

Wednesday 16 March 2011

satu cerita

Malam ini aku tidak mahu bersedih sebab aku gembira dan gila. Aku menulis ini pada jam 4.40pg mengikut jam Puma aku. Malam ini aku berjalan menuju ke tempat yang sangat jauh menggunakan sebuah motosikal. orang cakap: jauh perjalanan, luas pemandangan.

Berkat hasil air tongkat ali ais yang aku minum di kedai mamak sangat memberikan aku power yang secukupnya. Aku melepak di sambil melayan channel ESPN yang memaparkan aksi 18sx..WWF Wrestling...hahaha..aksi lucah...Selepas itu, aku meneruskan perjalanan untuk mencari pemandangan yang indah.

100km/h.....120km/h....135km/h.......meter motosikal semakin laju..

tiba-tiba mata ku ternampak bayangan hitam dalam samar-samar cahaya yang kusam. Aku semakin takut.Bulu kakiku sudah naik. Hanya surah yaasin yang terlintas dalam kepala aku. Aku membaca ayat demi ayat. Aku semakin takut kerana bayangan itu semakin hampir dengan ku.

arggggggggggggggggggggggggghhhhh....aku tidak takut lagi

piko : moto ada rosak ke?
unlce ; ada masalah la bang.
piko : umah dekat mana?
uncle : jauh sana..
piko : xpe uncle..saya tolak la.
uncle : jauh sana bang...

Kalau aku ulang dialog itu tdak akan habis sebab uncle berdegil untuk menolak sendiri. Aku menunda moto uncle secara berhemah. Apa yang aku nampak hanya kepenatan pada muka uncle. Uncle takut untuk meneruskan perjalanan menunda kerana dia pernah dirompak dalam keadaan yang sama. Dia percaya padaku sebab dia cakap aku baik.

Aku menunda moto uncle sehingga sampai ke umah dia. Perjalanan yang sangat jauh. Aku hanya mampu berkata "kalau uncle tolak dari tempat tadi memang gila"...jauh gila...Perjalanan kami selamat.
Uncle mengucapkan ribuan terima kasih padaku. Aku hanya mampu bersenyum.

Aku menolak pemberian RM50 uncle sebagai upah. Aku menolak dan terus menolak. Tapi apakan daya, aku paham apa yang uncle rasakan. Akhirnya aku terpaksa aku dengan pemberian itu.

Aku pulang dengan hati yang sangat gembira kerana nilai harga tongkat ali ais RM 2 berubah menjadi RM50..hahah

Tuesday 15 March 2011

Jalan ke Neraka

Kau bodoh!
Kau tinggalkan aku tanpa sebarang berita
Aku perlukan kau..bodoh!
Aku tunggu dan terus menunggu.

Aku give up....

Kau matikan handphone kau
Aku menungu  khabar berita dari kau..bodoh!
Kau hilang meningalkan aku.

"Dia" datang....

"Dia" datang saat aku kesunyian
Saat aku perlukan kasih sayang,
belaian dan pelukan.
"Dia" bagi aku kenikmatan..kenikmatan
yang kau tidak berikan padaku.
Kau bagi apa?hanya derita dalam hatiku.

Aku hanyut dalam pelukannya.
Hidupku dipenuhi dosa.
Tapi aku terpaksa...

"Dia", "dia", dan "dia" meyakinkan aku
untuk terus melupakan kau.
Kini..aku selangkah demi selangkah menuju jalan ke Neraka....

air mataku

bodoh kalau aku katakan
"aku tidak rindu dia".

gila aku katakan
"aku tidak tunggu dia".

katil in menjadi tempat aku
meluahkan semuanya
air mata
air m***
air peluh
penat lelahku semuanya disini...

aku mengenangkan diriku dengan air mata
kerana air mataku hanya untuk dia....

Friday 11 March 2011

jiwa kesepian

aku datang
kamu pula pergi
pergi meninggalkan aku sendiri di sini..

aku terus berjalan
mencari dan terus mencari dalam kegelapan
meski aku tidak tahu ke mana arah nya..

kamu memadamkan cahaya itu
sehingga aku tersepak batu
lalu jatuh tersungkur..

kamu yang membuatkan jiwa ini sepi,
hingga aku jadi hampa.
hingga aku mati dalam kegelapan..

oh bunga

tiba-tiba sahaja idea nie terkeluar bila aku mandi pagi tadi.

memang bunga itu cantik
warna nya...bau nya..memikat mata ku
tapi..aku takut untuk mengambil nya
aku takut bunga itu akan rosak
akan hancur
akan layu
akan pudar.

cerita aku....

aku ibarat lebah
aku inginkan madu itu
aku ingin merasakan kemanisan itu
aku tidak ingin lari dari bunga itu

aku tahu bunga itu akan rosak tapi
bunga tu memberi aku madu
aku hargai nya sampai aku dan bunga tu mati....

Thursday 10 March 2011

Jalan itu

aku lalui jalan yang sangat lurus
jalan yang sangat panjang dan gelap gelita
aku gagahkan kaki ku untuk teruskan perjalanan
hanya berbekalkan sepasang kaki dan mata ku
untuk mencari sedikit cahaya.

selangah demi selangkah aku berjalan
duri dan kaca menjadi penghalangku
aku bangun dengan kaki yang penuh dengan darah
aku bertahan selagi aku belum menemui cahaya itu.

aku bersyukur....

basikal itu menguatkan semangat ku
aku kayuh dan terus kayuh di atas jalan yang lurus.
selamatkah aku?

aku lemah...
aku pasrah..
aku akur...

tidak ku sangka jalan itu penuh dengan kaca dan duri
aku kuatkan diri aku berjalan di atas tapak kaki yang penuh dengan darah
sebab aku tahu aku mampu laluinya...



Monday 7 March 2011

Cinta Monyet

terkeluar idea bile aku lihat bdk skolah td
Bangga...

Bila aku dikenali ramai.
Bila guru suka akan aku.
Bila cewek-cewek menyebut namaku.
Bila aku tidak mengenali mereka...

Gila...

Baru usia 10 tahun mereka tergilakan aku.
Aku jadi gila.Makin gila.
Menerima 4 calon untuk diundi.
Kertas undi jadi rosak.
Aku pangkah semua....

12 tahun...

Semakin gila.
Aku dinaikkan pangakt sebagai ketua pelajar.
Aku semakin glamour.
Ke mana sahaja aku pergi cewek-cewek
inginkan aku...

21 tahun...

Aku lupakan cinta monyet itu.
Hanya sesuai untuk monyet sahaja.
Namun 20 tahun aku belajar dari pengalaman.
Aku masih mencari siapa diri aku yang sebenar...

Wednesday 2 March 2011

Kerja Gila

serba sedikit trip from KL - Kuantan - KL

Hari pertama 2/2/11
- aku baru sampai dari Terengganu.
- paan bagi masa aku 1 jam untuk bersiap..aku tidak cukup tidur.
- Gila!!!..mahu kayuh dari KL - Kuantan (teluk cempedak)
- kagum dengan Mar.
- tayar Vida bocor..handphone aku terjatuh..aku terasa diri aku macam Anuar Manan.
- bimbang akan si dia.
- Rafiq terjatuh.
- tidur dalam khemah.

Hari kedua 3/2/11
- terkejut bila dengar tidur RnR Maran.
- phone aku sudah masuk voicemail.
- hidup dengan walkie -talkie.
- aku dapat 3 mimpi bila tidur dalam surau.

Hari ketiga 4/2/11
- cuaca panas gila.
- ingat Felda Kg New Zealand kan?
- ponteng sembahyang jumaat..musafir kan?
- tidur tepi jalan.
- lepak dekat tepi kolam pancing..sangat lama...siapa yang mulakan?
- jam 22.15pm..TELUK CEMPEDAK.
-dapat sambutan yang hangat dari kawan-kawan yang lain..belaian dan kucupan yang sangat indah.

Hari keempat 5/2/11
- dapat ramai kawan baru.
- PLORE bemula.
- memang enjoy gila.
- "aku macam orang gila sebab.........."

Hari kelima 6/2/11
- bertolak balik.
- rindu akan mereka.
- kayuhan Paan membimbangkan.
- aku dapat kuasa dari Anuar Manan.
- kawan tetap kawan.
- layan corner...sangat menggiurkan..bak malam pertama.
- semua selamat sampai.
- aku tidur dalam dakapan yang sangat aku idamkan.